Mark Zuckerberg Tukar Nama ‘Facebook’ Kepada ‘Meta’ – Manis Madu
Mark Zuckerberg Tukar Nama ‘Facebook’ Kepada ‘Meta’

Mark Zuckerberg Tukar Nama ‘Facebook’ Kepada ‘Meta’

Facebook merupakan antara aplikasi popular di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua orang memiliki aplikasi tersebut dalam telefon pintar masing-masing.

 

Bukan sahaja digunapakai sebagai platform komunikasi, ciri-ciri Facebook lebih dari itu. Ada yang menggunakannya untuk tujuan perniagaan, mendapat hiburan tidak kurang juga sumber maklumat terkini kebanyakannya dimuat naik di laman tersebut.

 

Baru-baru ini, pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan telah menukar nama korporat Facebook kepada Meta sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula dibuat syarikat tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meta (@wearemeta)

Menurut laporan, tindakan itu dilakukan selepas Facebook berdepan pelbagai cabaran termasuk kes mahkamah dan isu pelanggaran privasi.

 

Menurut Zuckerberg, Meta juga hadir dengan logo baharu, menggantikan logo ‘Like’ ibu jarinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Zuckerberg (@zuck)

Jelasnya, Meta yang dipanggilnya ‘metaverse’ akan mencapai satu bilion orang dalam dekad akan datang dan menjadi tempat untuk semua berinteraksi, bekerja dan mencipta kandungan.

Post a Comment