Masih Tak Nampak Kesan Buruk Vaping? Rupanya Lagi Teruk Kesannya Kepada Orang Sekeliling! – Manis Madu
Masih Tak Nampak Kesan Buruk Vaping_ Rupanya Lagi Teruk Kesannya Kepada Orang Sekeliling!

Masih Tak Nampak Kesan Buruk Vaping? Rupanya Lagi Teruk Kesannya Kepada Orang Sekeliling!

“Eh, bukan hisap vape lagi bagus ke dari hisap rokok? Tak bahaya sangat kan?”. Salah! 

 

Masih ramai pengguna vape yang merasakan tindakan mereka menghisap vape adalah lebih sihat atau bagus dari menghisap rokok. 

 

Sebenarnya fahaman ini adalah salah kerana kedua-duanya mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada si penghisap bahkan memberikan kesan yang lagi teruk kepada mereka yang berada di sekeliling si penghisap vape!

wild-vibes-1RnPg7tET_s-unsplash (1)

Baru-baru seorang pengguna media sosial, Dr. Iskandar Mirza telah berkongsi beberapa kesan buruk menghisap vape kepada orang sekeliling yang dikenali sebagai penghisap sekunder (2nd hand vaping & 3rd hand vaping).

Mengikut maklumat yang dikongsi, Dr. Iskandar Mirza berkongsi dahulu definisi mereka yang menghisap vape dimana 1st hand vaping adalah mereka yang bertukar/ berkongsi dalam menghisap vape. 2nd hand vaping adalah mereka yang menyedut asap/wap vaping yang dihembus oleh 1st hand vaping. 3rd hand vaping adalah asap/wap yang melekat pada karpet, dinding, baju dan permainan kanak-kanak.

antonin-fels-OdqmOsUgNwk-unsplash (1)

Mereka yang berada dalam kategori 2nd dan 3rd hand vaping memang tidak akan terlepas dari kesan sampingan kimia melalui sedutan dari hembusan si penghisap vape.

 

Perkara ini dilihat amat merunsingkan terutamanya kepada kanak-kanak kerana mereka lebih mudah untuk memasukan objek ke dalam mulut mereka yang mana toksin lebih mudah menyerap ke dalam badan mereka.

colin-maynard-CEEhmAGpYzE-unsplash (1)

Antara kesan panjang asap/wap vape kepada penghisap sekunder yang disebut dalam bebenang tersebut adalah seperti kanser, penyakit jantung, kerosakan paru-paru dan asthma. 

 

Tambahnya lagi, vaping guna memberi kesan kepada ibu yang sedang mengandung yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang, kematian dalam kandungan dan kematian bayi secara tiba-tiba (Sudden Infant Death Syndrome).

 

Jadi kepada anda yang menghisap vape di luar sana, beringat untuk bukan sahaja menjaga kesihatan diri sendiri, bahkan juga menjaga kesihatan orang tersayang di sekeliling dengan berhenti atau mengurangkan penggunaan vape.

Post a Comment