Maternity Leave Sampai Setahun, Rupanya Ramai Cemburu Dengan Dr Amalina! – Manis Madu
Maternity Leave Sampai Setahun, Rupanya Ramai Cemburu Dengan Dr Amalina!

Maternity Leave Sampai Setahun, Rupanya Ramai Cemburu Dengan Dr Amalina!

Seperti yang semua sudah sedia maklum, Dr Amalina Bakri yang dulu pernah menjadi pelajar terbaik di Malaysia kini telah berhijrah ke London untuk bekerja serta telah berkahwin dengan orang sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Sekarang, doktor yang juga seorang pakar bedah di Imperial College London ini sedang berada di bulan-bulan terakhir kandungan anak pertamanya dan Amalina telah membuka peluang untuk pengikutnya bertanya soalan mengenai kehamilannya menerusi soal jawab di Instagram.

 

Beberapa soalan yang menarik perhatian ramai adalah ketika ditanya seorang pengikut mengenai cuti bersalin yang bakal diambilnya nanti dan berapa lama tempoh cutinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Menurut Amalina, maternity leave dia akan bermula pada minggu dia dijangkakan bersalin dan diberi pilihan untuk bercuti sehingga satu tahun lamanya!

 

“Saya boleh ambil cuti bersalin sehingga setahun. Saya rasa mungkin saya akan ambil 10 bulan dan Alex (suami) boleh ambil perkongsian cuti selama dua bulan,”

 

Tak cukup dengan itu, Amalina juga turut menjelaskan bahawa dia akan menerima gaji penuh dari tempat kerjanya selama lima bulan dan selepas itu gajinya akan dibayar oleh kerajaan di sana. Untungnya!

 

Namun begitu, wanita ini turut menjelaskan tidak semua tempat di sana mempunyai polisi yang sama dan bergantung kepada sesuatu tempat kerja itu.

Post a Comment