Maybank Perkenal Aplikasi MAE! Tak Sangka Masalah Nak Makan Mana Pun Boleh Selesai! – Manis Madu
Maybank Perkenal Aplikasi MAE

Maybank Perkenal Aplikasi MAE! Tak Sangka Masalah Nak Makan Mana Pun Boleh Selesai!

Pada Oktober lalu, Malayan Banking Berhad (Maybank) telah melancarkan satu aplikasi perbankan mudah alih dan e-dompet terbaru iaitu aplikasi MAE.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, MAE apps ini dilancarkan dengan menambah beberapa ciri baru untuk menaiktaraf perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan mereka.

 

Ada tak dekat sini Maduners yang menjadi pengguna setia Maybank2u? Haa! Sekarang korang boleh upgrade kepada MAE apps! Madu excited nak share dengan Maduners apa ciri-ciri baru yang telah ditambah dalam aplikasi ini. Jom kita tengok!

MAE Apps

Sumber Gambar: play.google.com

Aplikasi MAE bukanlah bayangan Maybank2u kerana dalam aplikasi ini terdapat pelbagai ciri-ciri menarik yang sangat berguna untuk Maduners! Antaranya Maduners boleh gunakan features Tabung. Eh, guna aplikasi ini jerrr boleh menabung?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malayan Banking Berhad (@mymaybank)

Jawapannya ya! Tak perlu tabung ayam besar-besar dah dekat rumah, guna saja aplikasi MAE. Dalam Tabung ini, Maduners boleh menyimpan secara bersendirian atau nak ajak kawan-kawan menabung sekali pun boleh. Madu paling suka cara spare change! Kalau nak tahu, kena la download.

 

Maduners boleh juga tahu ke mana semua perbelanjaan yang telah korang belanjakan. Aplikasi ini juga akan bahagikan jenis-jenis perbelanjaan Maduners mengikut kategori. Contohnya, Maduners bayar perkhidmatan Grab, ia akan diletakkan di bawah kategori ‘transportation’.

 

“Makan mana?” Haaaa!  Salah satu soalan yang paling susah sekali dalam dunia! Setuju tak?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malayan Banking Berhad (@mymaybank)

Waktu makan jerr pening nak pilih tempat untuk makan. Haa Maduners jangan risau, dengan MAE apps, dah tak perlu pening-pening! Aplikasi ini turut menawarkan kategori makanan yang mana ia menyediakan “Makan Mana Wheel”.

 

“Makan Mana Wheel” ini akan bantu pilihkan tempat makan best untuk korang, hanya perlu putarkan roda makan mana ini dan dia akan cadangkan makanan menarik sekaligus dapat selesaikan #firstworldproblem yang korang hadapi tu!

Tak dilupakan juga, Maduners masih boleh gunakan features Maybank2u yang sedia ada dulu.

Maybank2u-features

Sumber Gambar: www.maybank2u.com.my

Korang masih boleh periksa maklumat perbankan, boleh pindahkan wang ke mana-mana jenis bank, bayar bil dan lain-lain. Maduners juga tak perlu bawa cash dah sebab boleh bayar dengan aplikasi ini terus! Mudah dan selamat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malayan Banking Berhad (@mymaybank)

Maduners juga boleh dapatkan kad MAE yang mana direka dengan warna kuning terang dan menarik! Antara perkara paling cool bagi Madu adalah bila kita boleh freeze atau unfreeze akaun kita dengan tangan sendiri. Contohnya kad bank Maduners hilang, dah tak perlu telefon bank untuk bekukan akaun dah! Buat sendiri jerr… Mudah kan?

 

Sekarang ini semuanya ke arah cashless dan Maduners boleh cuba gunakan aplikasi MAE ini!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment