Mcdonald's China Ganti Meja Dengan Basikal Senaman, Boleh Bakar Kalori Ketika Makan! – Manis Madu
Mcdonald's China Ganti Meja Dengan Basikal Senaman, Boleh Bakar Kalori Ketika Makan!

Mcdonald’s China Ganti Meja Dengan Basikal Senaman, Boleh Bakar Kalori Ketika Makan!

Dua buah restoran McDonald’s di China memasang basikal senaman bagi menggantikan kerusi di meja makan sebagai inisiatif mempromosikan aktiviti bersenam dalam kalangan orang awam, lapor laman berita Oddity Central.

Diperbuat daripada plastik kitar semula, basikal-basikal senaman tersebut bukan sekadar membolehkan pelanggan membakar kalori ketika makan, bahkan mereka boleh mengecas telefon bimbit menggunakan tenaga elektrik yang dijana.

 

Menurut McDonald’s China, buat masa ini terdapat 10 Basikal Pengecas Hijau tersebut di dua restorannya di bandar raya Guangdong dan Shanghai.

 

“Basikal ini menjana tenaga elektrik yang boleh digunakan bagi mengecas peranti seperti telefon bimbit. Ia merupakan sebahagian daripada projek ‘Upcycle for Good’ oleh McDonald’s China.

mcdonalds-stationary-bikes2 (1)

“Inisiatif ini memberi fokus dalam menghasilkan produk-produk menggunakan plastik daripada bahan kitar semula,” kata McDonald’s China dalam satu kenyataan.

 

Sementara itu, beberapa klip video yang tular di TikTok minggu lepas, memaparkan pelanggan mengayuh basikal pegun tersebut sambil menikmati hidangan kegemaran mereka di sebuah restoran di Guangdong.

 

Video tersebut menjadi topik hangat dengan sebilangan pengguna menyambut baik inisiatif itu yang dianggap sebagai sesuatu yang unik.

 

Bagaimanapun, sebilangan pengguna lain berpendapat ia sekadar projek perhubungan awam yang tidak banyak membantu untuk mengimbangi pengambilan kalori berlebihan di restoran makanan segera tersebut.

Post a Comment