Mcdonald’s Jepun Hanya Jual Jejari Kentang Saiz S – Manis Madu
Mcdonald’s Jepun Hanya Jual Jejari Kentang Saiz S

Mcdonald’s Jepun Hanya Jual Jejari Kentang Saiz S

Pelanggan restoran makanan segera McDonald’s di Jepun dihadkan membeli kentang goreng bersaiz kecil sehingga bulan depan.

brett-jordan-MyuR5q3KDmw-unsplash (1)

Menurut laporan, pengumuman itu dibuat oleh pihak pengurusan McDonald’s yang memberitahu, catuan itu disebabkan kekangan penghantaran bekalan ubi kentang akibat cuaca buruk.

 

“Kentang yang digunakan restoran kami diimport dari Amerika Utara dan bekalan tidak dapat dihantar ke Jepun kerana berlaku banjir di pelabuhan Vancouver, Kanada yang merupakan transit perkhidmatan perkapalan.

andrew-leu-_Bnef6W57Cg-unsplash (1)

“Kami akan menangguhkan sementara jualan kentang goreng bersaiz M dan L mulai 9 Januari selama kira-kira sebulan dan hanya akan menjual saiz S sepanjang tempoh itu,” demikian menurut kenyataan daripada McDonald’s Japan Co. Ltd.

 

Banjir di wilayah British Columbia pada November tahun lalu terus menyebabkan kelewatan pada rantaian bekalan yang pada awalnya sudah terjejas disebabkan Covid-19.

 

Salji tebal yang melanda baru-baru ini turut menyumbang kepada kelewatan penghantaran di Pelabuhan Vancouver.

Post a Comment