Mekap Sampai Beribu-Ribu? Tak Pelik Kalau Mekap Kahwin Artis Malaysia Meletop Macam Ini! – Manis Madu
Mekap Sampai Beribu-Ribu Tak Pelik Kalau Mekap Kahwin Artis Malaysia Meletop Macam Ini!

Mekap Sampai Beribu-Ribu? Tak Pelik Kalau Mekap Kahwin Artis Malaysia Meletop Macam Ini!

Kalau kita berbual tentang perkahwinan artis Malaysia, mesti yang selalu kita bincangkan tentang baju jerr kan? Tapi, ramai tak antara kita yang bincangkan tentang mekap artis itu?

 

Siapa yang mekapkan dia dan apa inspirasi mekap tersebut?

 

Jadi, hari ini Madu nak senaraikan beberapa artis Malaysia yang berjaya menaikkan seri wajah mereka dengan makeup yang onzz!

#3 Nora Danish

nora danish

Pada mula-mula mekap Nora Danish ini didedahkan masa wedding dia, ramai yang kecam mekap ini sebab katanya menampakkan Nora pucat.

 

Tapi tahukah anda bahawa sangat susah untuk seorang makeup artist mencipta makeup look yang macamĀ  ini ?

 

Mekap ini dipanggil timeless makeup dan tak ramai makeup artist yang boleh buat sebab look macam ini memerlukan skill yang sangat tinggi dan teliti.

 

Mekap rekaan Khir Khalid itu mendapat pujian ramai peminat kosmetik di Malaysia kerana dikatakan berjaya menaikkan seri Nora tanpa menutup kecantikan aslinya.

#2 Ayda Jebat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

Siapa yang tak kenal dengan Ayda Jebat.

 

Ini satu lagi artis yang memang semasa perkahwinannya memang naik seri kaw-kaw.

 

Ayda ini memang popular dengan pelbagai jenis makeup sebelum ini sebab suka bereksperimen dengan wajah dia.

 

Tapi, Dato Alha Alfa selaku makeup artist beliau semasa wedding nya berjaya membuatkan wajah Ayda tampak lebih ayu.

Ada beberapa orang yang tak setuju dengan pendapat ini tapi bagi Madu, makeup Ayda ini tersenarai kerana walaupun Ayda selalu mengenakan makeup yang tebal namun pada hari pernikahannya beliau masih nampak berbeza dari sebelum-sebelum ini.

#1 Dato Sri Siti Nurhaliza

siti nurhaliza (1)

Tak perlulah lagi kita bincangkan tentang artis kesayangan Malaysia ini.

 

Dari kanak-kanak hingga ke warga emas semua tahu lagu-lagu beliau.

 

Pada hari persandingan beliau, Siti boleh dikatakan kelihatan seperti bidadari yang menawan hati sesiapa yang melihatnya ketika itu.

 

Ketika itu, hasil solekan jurusolek terkenal Nurul Shukor ini boleh dikatakan menjadi inspirasi kepada ramai makeup artist ketika itu kerana mencuba untuk menghasilkan semula solekan tersebut.

 

Siti pun selalu disolek sebelum hari perkahwinannya namun pada hari tersebut, kecantikan Siti amat luar biasa dengan keayuan gadis Melayu sebenar dengan solekan yang nipis dan simple sahaja.

Post a Comment