Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lizzy After School Didenda RM 53,000 – Manis Madu
Memandu-Dalam-Keadaan-Mabuk,-Lizzy-After-School-Didenda-RM-53,000

Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lizzy After School Didenda RM 53,000

Pelakon dan penyanyi Park Soo Young atau Lizzy menerima hukuman denda RM53, 000 atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 리지 (@luvlyzzy)

Memetik laporan Soompi, Lizzy  melakukan kesalahan tersebut pada 18 Mei lalu.

 

Dalam perbicaraan pertama kes di Mahkamah Tinggi Seoul pada Khamis, pihak pendakwa memohon agar Park Soo Young dikenakan hukuman penjara satu tahun.

 

Bagaimanapun mahkamah hanya menjatuhkan hukuman membayar denda memandangkan ia merupakan kesalahan pertamanya.

 

Dalam kejadian tersebut, kenderaan yang dipandu Lizzy dilaporkan melanggar sebuah teksi di kawasan kejiranan Cheongdam, jalan Gangnam, Seoul.

 

Insiden yang berlaku itu menyebabkan pemandu teksi mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan selama dua minggu.

Post a Comment