Memudahkan Urusan Pelawat, Thailand Bakal Guna Thailand Pass – Manis Madu
Memudahkan Urusan Pelawat, Thailand Bakal Guna Thailand Pass

Memudahkan Urusan Pelawat, Thailand Bakal Guna Thailand Pass

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata Thailand akan menggantikan Certificate of Entry (CoE) dengan Thailand Pass untuk memendekkan proses dokumentasi perjalanan bagi pelawat yang memasuki negara ini selepas pembukaan semula sempadan pada 1 November.

 

Keputusan tersebut dibuat bagi memudahkan proses perjalanan yang mana Thailand Pass ialah sistem berasaskan web-based untuk pelancong yang memasuki negara ini dan mereka hanya perlu mengisi maklumat masing-masing dan memuat naik dokumen berkaitan sebelum melakukan perjalanan.

 

Ketika ini, pengembara perlu mendapatkan CoE, surat yang dikeluarkan Kedutaan Thailand atau Konsulat untuk membenarkan pemegang visa asing masuk ke negara ini.

 

Pada Isnin, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand akan menghentikan syarat kuarantin kepada pelawat lengkap vaksin COVID-19 yang tiba dengan perkhidmatan udara dari negara-negara berisiko rendah termasuk United Kingdom, Singapura, Jerman, China dan Amerika Syarikat mulai 1 November.

 

Namun, mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) yang dipengerusikan Prayuth belum memuktamadkan lagi senarai nama negara berisiko rendah.

 

Sementara itu, jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata, Thailand akan terus mengurangkan sekatan Covid-19 di Bangkok dan di 22 wilayah zon merah gelap mulai 16 Oktober.

 

Tempoh perintah berkurung waktu malam akan dikurangkan dari 10 malam-4 pagi kepada 11 malam – 3 pagi manakala operasi pusat beli-belah dan kedai serbaneka dibenarkan dibuka sehingga 3 pagi.

Post a Comment