Menangis Sampai Tak Keluar Suara, Netizen Sakit Hati Wanita Tindik Telinga Bayi Umur 2 Bulan – Manis Madu
Menangis Sampai Tak Keluar Suara, Netizen Sakit Hati Wanita Tindik Telinga Bayi Umur 2 Bulan

Menangis Sampai Tak Keluar Suara, Netizen Sakit Hati Wanita Tindik Telinga Bayi Umur 2 Bulan

Terbaru, sebuah rakaman tular di laman TikTok yang membuat netizen bengang dan sakit hati dengan perlakuan seorang wanita bergelar ibu terhadap anaknya.

 

Ini berikutan video yang memaparkan seorang bayi kecil berusia 2 bulan ditindik kedua-dua telinganya untuk tujuan ‘gaya’ sehingga bayi itu menangis sekuat hati.

@mtsu_burjuhsaat di tembak aku gak tega liatnya. tp setelah selesai langsung keliatan jeleknya Boru mama itu

♬ suara asli – burjuh

“Pecah tangis anakku. Demi gaya, ku rela menahan sakit,” tulis wanita itu dalam videonya.

 

Tangisan bayi yang kesakitan itu membuatkan ramai netizen ‘naik angin’ apatah lagi melihat reaksi bayi itu yang menangis hingga tidak mengeluarkan suara selepas ditindik.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menghamburkan kemarahan terhadap ibu dan bapa kepada bayi tersebut kerana melakukan perkara tersebut.

 

“Dari Facebook (FB) sampai ke sini aku. Haih la mak, baby lagi kot! Siap pin lagi video ni, bangga sangat ke view banyak? Hangin la aku yihhhhhhh,” 

 

“Demi content anak jadi mangsa. Jadi ibu jangan kejam semata-mata untuk content, nak carut tapi kena sabar,”

 

“Ini mesti mak dia ni ikut trend, janji ikut trend, tak peduli anak kecil sakit,”

 

Sakit hati ye tengok bayi itu menangis sebab sakit. Baru 2 bulan sis, tunggu la besar sikit nak bergaya pun!

Post a Comment