Mengaku Ambil Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000 – Manis Madu
Mengaku Ambil Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000

Mengaku Ambil Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, semalam, atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu.

 

Memetik laporan Harian Metro, hukuman denda itu dijatuhkan selepas pelakon berusia 34 membuat pengakuan bersalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman.

 

Difahamkan, pendengaran kes Zarina Anjoulie sepatutnya berjalan hari ini, namun peguam yang mewakili Zarina, Ahmad Faiz Munawar memohon untuk diadakan lebih awal iaitu pada Selasa.

 

Selain didenda RM4,000, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan jika gagal membayar denda berkenaan dia berdepan hukuman penjara empat bulan.

 

Bagaimanapun, Zarina telah pun membayar denda berkenaan semalam.

 

Pada 13 September lalu, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis itu pada Jun lalu.

Post a Comment