Mengaku Rogol Gadis Berusia 15 Tahun! Enam Penghantar Makanan Ditahan Pihak Berkuasa – Manis Madu

Mengaku Rogol Gadis Berusia 15 Tahun! Enam Penghantar Makanan Ditahan Pihak Berkuasa

Baru-baru ini, enam individu lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan atas dakwaan memperkosa seorang gadis berusia 15 tahun di sebuah hotel sekitar Petaling Jaya. Keji!

SeekPng.com_rider

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, hasil siasatan awal, semua suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

Nik-Ezanee

Sumber Gambar: The Star

“Pada jam 12 tengah hari Rabu lalu, kakak mangsa mengetahui kejadian itu selepas mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki dikenalinya di sebuah hotel.”

 

Beliau berkata, sejurus menerima aduan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya terus bertindak menahan suspek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara, di sini.

 

Hasil siasatan mendapati empat suspek yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 22 tahun, manakala dua suspek lagi berusia 16 dan 17 tahun yang mana telah berhenti sekolah dan bekerja sebeagai penghantar makanan.  Bila semak maklumat rupanya dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan penggunaan dadah.

 

Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan. Mangsa pula mengalami tekanan emosi dan sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

 

Madu salute dekat mangsa kerana ambil tindakan bijak untuk beritahu perkara ini dan terus laporkan pada pihak berkuasa. Semoga keadilan berjaya ditegakkan.

 

Madu harap mangsa diberi kekuatan dan kesembuhan secepatnya. Kita sama-sama doakan.

 

~Stay Safe Maduners~

Sumber Featured Image: Pikisuperstar

Post a Comment