Mengantuk & Tak Fokus, Tiba-tiba Kereta Dah Terbabas Dalam Sawah Padi! – Manis Madu
Mengantuk & Tak Fokus, Tiba-tiba Kereta Dah Terbabas Dalam Sawah Padi!

Mengantuk & Tak Fokus, Tiba-tiba Kereta Dah Terbabas Dalam Sawah Padi!

Seorang wanita di Indonesia dilaporkan menyebabkan keretanya terbabas ke dalam sawah padi ketika memandu dalam keadaan mengantuk.

 

Menerusi satu klip video tular yang dikongsikan di laman Instagram oleh pemilik akaun dengan nama @bayuwangi_hitss itu, kelihatan sebuah kereta berwarna kuning berada di tengah-tengah sawah padi di kawasan Karangbendo Rogojampi, Jawa Timur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANYUWANGI HITSS (@banyuwangi_hitss)

Mujurnya, kereta wanita berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan, hanya bahagian tepinya sahaja yang termasuk dalam kawasan sawah padi.

 

Rakaman itu turut memaparkan seorang wanita dan anggota polis berjalan menuju ke arah kereta terbabit.

Car 2

Sementara itu, penduduk di kawasan berdekatan turut menyaksikan kejadian tersebut.

 

Kejadian itu juga turut mendapat perhatian dan komen netizen.

 

“Petani menangis melihat kejadian ini,” kata seorang pengguna Instagram.

Post a Comment