Menjadi Ibu Tunggal Bukan Penghalang Untuk Bahagia! – Manis Madu
Menjadi Ibu Tunggal Bukan Penghalang Untuk Bahagia

Menjadi Ibu Tunggal Bukan Penghalang Untuk Bahagia!

Ibu tunggal adalah wanita yang Hebat! Ya hebat. Dialah ayah dan dia juga ibu untuk anak-anak. Zaman sekarang ini ramai sebenarnya ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak-anak seorang sendiri.

 

Untuk berhadapan dengan situasi sekeliling, ibu tunggal perlu tahu perkara ini!

1. Mempunyai Pekerjaan Sendiri

Mempunyai Pekerjaan Sendiri

Sebagai ibu tunggal dan juga tulang belakang kepada keluarga, Maduners perlu mempunyai pendapatan sendiri untuk memenuhi keperluan anak.

 

Memang sangat mencabar tapi itulah yang ibu tunggal perlu hadapi! Kalau untuk anak punya pasal, Miera yakin ibu tunggal di luar sana sanggup buat apa saja untuk anak.

2. Didik Anak Supaya Hormat Anda

Sebagai ketua keluarga dan juga seorang ibu, ada masanya ibu tunggal ini perlu bertegas dengan anak-anak.

 

Tapi jangan lupa peranan sebagai ibu yang sabar dan penyayang. Cuba seimbangkan dua benda ini supaya mempunyai ikatan yang kuat antara ibu dan anak.

3. Elak Dari Tekanan

Elak Dari Tekanan

Sebagai ibu tunggal, kadang-kala rutin harian sememangnya membawa kepada tekanan yang lebih besar kepada diri sendiri.

 

Sebab itu waktu untuk diri sendiri atau me time sangatlah penting untuk ibu tunggal untuk atasi dari tekanan yang dihadapi. Tinggalkan sekejap anak kepada individu yang dipercayai supaya dapat rehatkan mental dan fizikal diri dengan sebaik mungkin.

4. Jangan Terlalu Sibuk Dengan Kerja

Sibuk Dengan Kerja

Ibu tunggal tidak sepatutnya terlalu mengutamakan pekerjaan berbanding anak. Ya! Memang tak boleh nak nafi yang kerja itu penting sebagai sumber rezeki Maduners dan anak-anak. Kadang-kadang dalam tak sedar Maduners dah pun abaikan anak-anak.

 

Terlalu mementingkan kerja akan buat Maduners jauh dengan anak disebabkan kurang masa bersama.

 

Semoga panduan dan cara ini dapat memberi semangat kepada Maduners yang tengah berdepan dengan situasi ini. Be strong!

Post a Comment