Menstrual Cup? Tampon? Jenis-Jenis Produk Haid Yang Korang Patut Tahu!
Menstrual Cup and Tampon

Menstrual Cup? Tampon? Jenis-Jenis Produk Haid Yang Korang Patut Tahu!

Di Malaysia ini, kebanyakan wanita akan memakai pad ketika haid kerana ianya senang didapati dan kita pun telah diajar untuk memilih pad sejak kecil lagi. Tapi pernah tak korang lihat produk-produk haid wanita selain pad?

 

Mana tahu kalau tiba-tiba korang nak tukar pilihan tuala wanita tapi tak tahu nak pilih yang mana. Haa…kan dah susah? Jangan risau hari ini Madu nak sharekan produk-produk haid selain pad yang Maduners kena tahu!

via GIPHY

1. Menstrual Cup

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Put A Cup In It (@putacupinit) on

Menstrual cup adalah sejenis cawan silikon atau getah berbentuk U yang berfungsi untuk ‘menadah’ darah haid yang keluar dari faraj wanita.

 

Menstrual cup boleh didapati dalam pelbagai saiz dan warna. Kebiasannya, beginner akan lebih tertarik untuk membeli cawan yang kecil kerana ianya agak sukar untuk dimasukkan ke dalam faraj.

 

Menurut pemakai tegar cawan ini, jika dimasukkan dengan cara yang betul, korang akan merasakan seolah-olah tiada darah haid yang keluar dari faraj. Nak pergi berenang pun boleh.

instructions_lunette_768x593

Sumber Gambar: www.lunette.com

Cawan haid sangatlah environmental friendly kerana boleh digunakan banyak kali. Korang hanya perlu buang sahaja darah yang ditadah, basuh cawan tersebut dan ianya boleh terus dipakai semula. Sesiapa yang tak boleh tengok darah banyak disarankan untuk tidak membeli produk ini…takut nanti pengsan pula!

2. Tampons

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tampax Tampons Official (@tampax) on

Sama juga seperti menstrual cups, cara pemakaian tampon adalah dengan memasukkan produk ini di dalam faraj. Cuma fungsinya adalah untuk menyerap dan bukannya menadah darah.

 

Kalau Maduners rasa  nak cuba memakai tampon, Madu galakkan membeli jenis kapas organik yang lebih selamat untuk dimasukkan ke dalam badan. Jika dipakai dengan teknik yang betul, ianya akan membuatkan Maduners rasa seolah-olah bukan di fasa menstruasi. Best kan?

how-to-use-tampon

Sumber Gambar: femalefinest.com

Kesan sampingan tampon adalah toxic shock syndrome (TSS), sejenis jangkitan kuman yang boleh merosakkan organ-organ penting. Untuk mengurangkan risiko TSS, pastikan tangan dibasuh sebelum memakai tampon dan pilih jenis tampon yang mempunyai tahap penyerapan yang rendah. Jangan lupa tukar setiap 8 jam dan sebelum tidur!

3. Period Underwear (Seluar Dalam Haid)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bamblish ™ | Period Underwear (@bamblishco) on

Haa..period underwear? Wujud ke? Ya memang wujud dan Maduners tak perlu memakai apa-apa produk kapas atau silikon ketika menggunakan seluar dalam ini! Kainnya diperbuat daripada material yang mempunyai tahap penyerapan yang tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gabby Sage Masuda Ambata (@gabrielasage) on

Basuh sahaja seluar dalam tersebut untuk menggunakan lebih daripada sekali. Cuma produk ini hanya sesuai digunakan apabila flow darah tidak banyak. Nanti takut bocor pulak!

4. Reusable Pads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zero Waste Store (@zerowastestore) on

Pad ini boleh digunakan berulang kali dan Maduners hanya perlu cuci untuk bersihkan darah. Walaupun proses cucian agak leceh, produk ini sangat membantu dalam menjaga alam sekitar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Moody V (@moodyvco) on

So sesiapa yang mencintai alam sekitar Madu sarankan Maduners beli reusable pad ini. Produk ini boleh dijumpai dalam pelbagai corak dan saiz yang berbeza.

 

Haa! Sekarang korang pun dah tahu produk-produk wanita selain pad. Kalau rasa nak tukar bolehlah pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan diri sendiri.

 

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment