Mental Koyak Kerana Boss! Tanda-tanda Anda Perlukan Me-Time Yang Secukupnya – Manis Madu

Mental Koyak Kerana Boss! Tanda-tanda Anda Perlukan Me-Time Yang Secukupnya

Ramai kurang beri perhatian tentang benda ini, pernah tertanya tak badan dan minda Maduners dapat rehat yang secukupnya atau tidak?

Sebenarnya, orang yang selalu bekerja keras memang bagus, tapi pastikan dapat rehat yang secukupnya untuk menghalang diri terjebak dengan perkara yang negatif seperti masalah kesihatan atau lebih serius lagi, ketagihan.

Maduners tahu tak tentang petanda-petanda yang menunjukkan anda semua perlukan rehat? Inilah antara perbuatan yang akan terjadi secara tidak langsung dalam aktiviti seharian Maduners jika terlalu penat:

Mudah Marah Dengan Orang yang Terdekat atau Tersayang

Kadangkala tak sengaja, tapi tak boleh nak kawal marah. Betul tak? Siapa jer yang sampai hati nak marah-marah tanpa sebab. Kalau Maduners tiba-tiba rasa seperti berpotensi untuk marah orang di sekeliling, ambillah masa untuk berehat sendiri, selalunya orang panggil alone-time.

Tak Lapar, Tapi Nak Makan, Makan dan Makan!

Yaya selalu rasa seperti ini. Buat kerja banyak-banyak, sampai satu masa nanti rasa macam nak makan. Bukan lapar pun, tapi rasa nak mengunyah.

health-nuts-snacks

Apabila rasa sebegini, ia sangat berbahaya kepada kesihatan, kecuali jika kita pilih untuk mengunyah makanan yang sihat! Buah-buahan atau kekacang antara pilih yang terbaik, bukan keropok ataupun snek ya!

Tiada Motivasi Untuk Lakukan Sesuatu Perkara

Pernah tak Maduners rasa macam nak lakukan kerja, tapi tak bersemangat? Bahaya! Cuba bayangkan Maduners perlu lakukan kerja yang urgent, susahlah nak siapkan kerja dengan efisien!

 

Antara cara efektif yang boleh diguna pakai ialah tidur siang atau orang panggil power nap, tapi jangan sampai ke petang pula! Kalau anda semua meletakkan tekanan terlalu banyak dalam menyiapkan kerja, hasilnya tak akan berkualiti kerana hanya mengejar deadline semata-mata.

“Malasnya nak Keluar Bilik… Taknak Jumpa Orang…”

Mengelakkan diri daripada berjumpa dengan orang mungkin satu petanda yang anda inginkan masa bersendirian. Bukan sombong ya!

 

Sebenarnya, semua orang perlu faham yang setiap orang berbeza moodnya dari semasa ke semasa dan biarkan mereka untuk bersendirian seketika waktu.

Perkara yang Remeh Menjadi Serius

Benda kecil pun nak marah, nak nangis. Normal ke? Macam yang gegirls kalau mood swing, samalah dalam situasi ini.

 

Kalau dah sampai macam ini, berehat sebentar dan ambil peluang untuk me-time.

Kalau Maduners nak tips untuk manjakan diri, bolehlah klik link ini!

 

Jangan stres sangat, okay? Kita chill-chill jer.

Post a Comment