Menu Ringkas Tapi Mantap! Penyelamat Untuk Ibu Super-Sibuk – Manis Madu
Menu Ringkas Tapi Mantap! Penyelamat Untuk Ibu Super-Sibuk

Menu Ringkas Tapi Mantap! Penyelamat Untuk Ibu Super-Sibuk

Wanita di luar sana lebih lagi mereka yang berkerjaya tentu menghadapi masalah kesuntukan masa dan tak tahu nak masak apa.

 

Ini membuatkan mereka jadi ‘malas’ memasak kerana leceh dan susah.

 

Sebenarnya, kalau pada awal, kita dah siapkan bahan di dapur pada peringkat awal, tugas kita untuk memasak akan menjadi mudah.

 

Kali ini, Madu nak kongsikan bersama Maduners yang busy bekerja, beberapa resepi super pantas dan menjadi penyelamat untuk wanita yang super-sibuk.

1. Ayam Lada Hitam

black-pepper-fried-chicken

Sumber Gambar: Youtube

Bahan-Bahan:

  • 5 ketul isi ayam saiz sederhana
  • 2 sudu besar lada hitam (Ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu teh gula
  • Minyak masak

 

Cara Memasak:

  • Campurkan ayam bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat dan gula dalam satu mangkuk. Gaulkan sehingga sebati. Perapkan ayam tersebut selama 1 jam.
  • Gorengkan ayam sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.

2. Sup Telur Chinese Style

sup telur chinese style

Sumber Gambar: OhBulan | Zurina Zulkefli

Bahan-Bahan:

  • Bawang putih (cincang halus)
  • Halia (cincang halus)
  • Kiub pati ayam
  • Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Sebiji telur ayam
  • Tepung jagung (dibancuh)

 

Cara Memasak:

  • Panaskan air dalam periuk, masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan isi filamen ketam dan tuangkan bancuhan tepung jagung sehingga pekat.
  • Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  • Perasakan dengan garam dan gula, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.

3. Nasi Goreng Express

Nama pun ada express okay, maksudnya mudah, simple and meletopz.

Nasi Goreng Tom Yam Express2

Sumber Gambar: Tumis.my

Bahan-Bahan:

  • 3 Cawan Nasi
  • 2 Ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 biji cili api ditumbuk
  • 1 biji telur
  • 1 Sudu mentega
  • Kicap
  • 3 Sudu Ikan Bilis
  • Garam secukupnya

 

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak. Tumis bawang bawang putih, cili api hingga bau wangi.
  • Masukkan telur, ikan bilis dan kacau sehingga masak.
  • Masukkan nasi dan kacau sekata. Masukkan kicap dan garam secukupnya.
  • Kacau kesemuanya sehingga sekata dan rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

4. PakChoy Goreng Kilas

Pak Choy

Sumber Gambar: resepichenom.com

Bahan-Bahan:

  • 2 pokok sawi Pak Choy
  • 2 batang fish cake
  • 2 Sudu makan sos tiram
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu makan minyak
  • 1 biji cili merah
  • Garam & Gula secukup rasa

 

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  • Masukkan hirisan fishcake, kacau sekejap kemudian masukkan Pak Choy.
  • Masukkan hirisan cili, sos tiram dan kemudian perasakan dengan garam dan gula.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidang.

5. Pudding Susu

pudding susu

Sumber Gambar: www.liputan6.com

Bahan-Bahan:

  • 10gm agar-agar
  • 600ml air
  • ½ tin susu pekat
  • Sedikit pewarna

 

Cara memasak:

  • Masak agar-agar dan air sehingga larut.
  • Masukkan susu pekat dan pewarna.
  • Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
  • Tunggu sehingga sejuk sebelum dihidangkan.

Haaaa, senangkan resepi? Tak sampai 15 minit pun semuanya beres. Siap boleh masak dessert lagi. Mesti happy perut husband dan anak anak nanti.

 

Maduners kat luar sana, walaupun busy tapi masih boleh masak! Gilir-gilir secara mingguan dengan suami pun boleh sebab resipi mudah jerr!

Post a Comment