Menu Sedap Ikut Negeri? Makanan Wajib Cuba Kalau Pergi Ke Tiga Negeri Ini!
Bila dah travel ke tempat orang, mestilah automatik akan rasa nak cuba makanan-makanan istimewa di negeri tersebut.
Tak perlu cerita pasal luar negara, makanan dekat Malaysia ini pun Madu yakin mesti tak semua makanan yang korang dah cuba.
Jadi hari ini Madu nak senaraikan beberapa makanan wajib cuba di tiga buah negeri di Malaysia. Jom!
1. Johor (Wajik, Sambal Goreng Jawa)
Wajik, Madu yakin memang tak semua yang pernah dengar. Tapi makanan ini adalah antara yang paling popular dekat Johor.
Wajik ini adalah sejenis pemanis mulut macam dodol. Wajik diperbuat daripada beras pulut, gula merah dan juga daun pandan.
Aromanya yang kuat membuatkan ramai yang akan tertarik untuk cuba menu Wajik. Ya! Wajib cuba Wajik !
Sambal Goreng Jawa memang popular di kalangan orang Johor.
Kebiasaannya sambal ini akan disediakan di majlis-majlis keramaian macam majlis perkahwinan dan sebagainya.
Sambal ini paling senang nak cari kalau kita berada di daerah Batu Pahat.
Bahan asas untuk buat sambal ini adalah tempe, kicap, kacang panjang, kentang, suhun dan juga cili kisar.
2. Pahang (Puding Raja)
Kalau cakap pasal Pahang, mesti korang terpikir pasal Tempoyak Ikan Patin saja kan?
Bosanlah, anda semua mesti jarang dengar tentang satu makanan yang orang panggil Puding Raja.
Asalnya, puding ini dulu-dulu hanya disediakan untuk golongan raja-raja di Pahang tapi lama kelamaan makanan ini mula diketahui oleh masyarakat Pahang dan akhirnya jadi makanan harian di negeri tersebut.
Paling banyak dijumpai di daerah Pekan, harga puding ini memang agak mahal iaitu sekitar RM8 hingga RM10 sebekas tapi sangat berbaloi.
Bahan asas untuk Puding Raja ialah pisang emas, kastard dan juga telur.
3. Perlis (Emping Padi)
Emping memang makanan tradisi di negeri Perlis dan memang jaranglah nak jumpa.
Sebab apa jarang nak jumpa? Sebab emping ini hanya dihasilkan bila tibanya musim menuai padi.
Haaa! Musim menuai padi hanya setahun sekali jadi memang susah nak jumpa emping ini.
Paling istimewa, emping ini biasanya dimasak secara gotong-royong bersama orang kampung yang mana lelaki akan tuai padi dan perempuan pula akan buat masak emping.
Buat emping ini senang saja, beras mentah itu dibakar kemudian ditumbuk-tumbuk dengan lesung yang besar sehingga berkeping-keping dan kemudian digaul bersama gula dan kelapa parut.
Madu pernah rasa, memang sedap!!!
Jadi kalau korang pergi ke tiga buah negeri ini, cubalah cari menu-menu ini!
Sumber: MyAgri, ResepiViralTerkini, Mahamahu, LensaPekan