Minta Izin Ke Tandas, Telatah Comel Kanak-Kanak Buat Netizen Geram! – Manis Madu
Minta Izin Ke Tandas, Telatah Comel Kanak-Kanak Buat Netizen Geram

Minta Izin Ke Tandas, Telatah Comel Kanak-Kanak Buat Netizen Geram!

Di musim pandemik ini, belajar secara atas talian bukanlah sesuatu yang mudah untuk para pelajar hadapi lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang masih di menengah rendah. 

 

Ekoran itu, seorang guru ada berkongsi telatah anak muridnya yang meminta izin untuk ke tandas semasa mereka sedang belajar secara atas talian.

 

Video yang dimuat naik oleh @FAREENA di laman TikToknya itu telah mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata darinya sangat jatuh hati dengan sikap sopan kanak-kanak tersebut.

@nsyfareena_sangat polite + cute ! banyak sangat jangan tu 😂 btw his parents raised him properly do 👍🏼 #fypシ #ticer #onlineclass #tiktokmalaysia♬ original sound – FAREENA

Menerusi video tersebut, kanak-kanak comel itu menyapa gurunya dan meminta guru supaya tidak memanggil namanya kerana dia  ingin ke tandas.

 

“Teacher, nanti kalau dah siap belajar dengan orang jangan panggil saya, haziq nak berak” 

 

Apa yang lebih mencuit hati adalah kanak-kanak itu sempat menyuruh gurunya memanggil orang lain dengan nada suara yang sangat lembut dan sopan.

 

“ Nanti teacher panggil orang lain okey”

 

Menerusi ruangan komen, ramai di antara netizen berasa jatuh hati dengan kecomelan dan sikap sopan yang ditunjukkan kanak-kanak tersebut. 

 

“Aku ragu nak jadi cikgu, tapi kalau dapat student macam ni aku auto tak ragu. Kiyutt” -@iamcranberry

 

“ Ya Allah, mesti struggle kan nak ajar anak murid kecik macam ni. Mesti tak puas and geram pun ada sebab comel” – @ssanio

 

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat membuat jenaka selepas melihat telatah kanak-kanak itu.

 

“Mesti dia tahan sejak buka zoom” – @liewys_26

 

“Ni kalau aku buat still comel tak” – @kall.mf

 

“Alaaalaalaa nak minta izin pun comel, yang penting jangan lupa cebok” – @ummilunais_

 

Video yang dimuat naik itu bagaimanapun telah mendapat sebanyak 1.9 Juta tontonan dan 313.4 Ribu tanda suka.

Post a Comment