‘Miss Garbage’ Bertukar Menjadi Miss Universe Thailand! Anak Pemungut Sampah Dinobat Ratu Cantik Thailand
Susur galur keturunan seseorang tidak menjadi penentu kepada nasib dan kehidupan individu itu di masa akan datang. Boleh jadi dulu dia dihina, sekarang namanya terkenal di mana-mana.
Situasi ini bertepatan dengan kisah di sebalik kemenangan Anna Sueangam-iam di pentas pertandingan ratu cantik berprestij, Miss Universe Thailand baru-baru ini.
View this post on Instagram
Mengimbas kembali zaman kecilnya, Anna dilahirkan dalam keluarga yang susah dan merupakan anak kepada seorang pemungut sampah di kota Bangkok, Thailand dan hanya bermain dengan mainan terbuang untuk mengisi masa lapang.
Rentetan keadaan keluarganya yang susah, Anna bertekad untuk mengubah nasib dirinya dan keluarga. Usahanya dengan cara menuntut ilmu bersungguh-sungguh akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam bidang seni di Universiti Kasetsart.
Bercerita mengenai perjalanannya sebelum dianugerahkan takhta Miss Universe Thailand, Anna menjelaskan antara punca dia tidak menjadi calon pilihan dalam undian awam adalah kerana Anna bukan seorang ‘luk khrueng’ iaitu seorang warga Thailand berdarah kacukan seperti finalis-finalis lain.
View this post on Instagram
Meskipun pertandingan itu didominasi model berdarah kacukan sejak 3 edisi terdahulu, Anna membuktikan bahawa seorang anak jati Thailand juga mampu berjaya memenangi mahkota tersebut.
Malah, Anna memenangi pertandingan tersebut dengan menjawab soalan dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya sekaligus membuktikan bahawa fasih berbahasa Inggeris tidak memberi sebarang kelebihan.
View this post on Instagram
Untuk info, pada tahun 2018, Anna pernah memenangi takhta Miss Mobile Thailand 2018 dan tempat kedua Miss Beautiful Thailand Pageant pada tahun 2020. Namun, ketika itu dia diberi gelaran ‘Miss Garbage’ kerana kerjaya bapanya.