Muncul Ayam Goreng Viral? Sebelum Itu, Ini Dia 6 Fakta~licious Viral Tentang Ayam Goreng Korang Kena Tahu! – Manis Madu
Jangan Search Ayam Goreng Viral

Muncul Ayam Goreng Viral? Sebelum Itu, Ini Dia 6 Fakta~licious Viral Tentang Ayam Goreng Korang Kena Tahu!

Ayam Goreng? Terpaling buah hati rakyat Malaysia!

Dengar tak? Bunyi krup-krup kulit garing daripada ayam goreng yang Maduners tengah makan! Buka mata rupanya mimpi jerrr tapi dah kecur air liur dibuatnya.

Ayam-Goreng-Viral-Manis-Madu-Malaysia-768

Lepas mimpi dengar pula pasal ayam goreng viral! Dari mana datangnya ayam goreng viral ni? Mesti kena cuba kalau viral kan!

 

Siap ada satu video “Jangan Search”, tapi apa kaitan dengan ayam goreng yang tengah viral tu? Nak tahu kena baca dulu fakta-licious tentang ayam goreng!

#6 Suhu Minyak Terbaik Untuk Goreng Ayam Adalah 375 Fahrenheit!

thermometer-in-oil

Sumber Gambar: Tasteofhome

Bila nak goreng ayam, suhu minyak harus berada pada 374 Fahrenheit, baru masukkan ayam ke dalam minyak untuk digoreng.

 

Kalau minyak terlalu sejuk, nanti ayam goreng Maduners tidak masak sepenuhnya di dalam walaupun dekat luar dah nampak ranggup!

 

Ingat juga, bila Maduners masukkan ayam ke dalam minyak, suhu minyak akan turun, jadi jangan goreng ayam dalam kuantiti yang banyak sekaligus!

#5 Lain Negara, Lain Mulut, Lain Citarasa!

StarsintheSky-chicken

Bunyi macam pelik kan? Maksud Madu adalah setiap negara ada versi ayam goreng masing-masing, maklumlah macam Madu cakap, lain negara, lain citarasa tapi yang penting masih ayam goreng!

 

Kita tengok negara yang sentiasa trending iaitu Korea, mereka punya ayam goreng memang paling femes sebagai snek bila lepak-lepak githew, disana mereka lebih sukakan ayam goreng yang bercampur-campur! Yang pastinya mereka lebih gemar ayam goreng mereka disalut dengan sos masam manis.

Tori-no-Karaage-Japanese-style-fried-chicken

Sumber Gambar: cookpad.com

Maduners yang minat makanan Jepun mesti tahu tentang Karaage yang mana ia masih ayam goreng cuma digoreng dalam saiz yang lebih kecil dan mengikut gaya ala-ala gorengan tempura.

#4 Kerangupan Itu Kunci Utama Kesedapan Ayam Goreng!

Extra-Crispy-Southern-Fried-Chicken

Sumber Gambar: Cdkitchen.com

Fakta paling penting! Kalau makan ayam goreng memang kena rangup! Kalau ada lebihan ayam goreng dekat rumah yang dah sejuk, automatik masuk air-fryer balik untuk dapatkan keranggupan, sangat penting uolss!

 

Kalau ikut kajian daripada Charles Spence, seorang ahli psikologi, bunyi ayam goreng yang ranggup itu sendiri dan jadi penyebab utama kenapa orang memang minat dengan ayam goreng. Kriuk, kriuk memang penting!

#3 Sambutan Hari Ayam Goreng Di Amerika Syarikat!

national fried chicken day

Sumber Gambar: Nationaldaycalendar

Maduners tahu tak dekat Amerika Syarikat, mereka ada sambutan hari ayam goreng kebangsaan! Very the wow!

 

Sambutan yang diadakan pada 6 Julai setiap tahun itu meraikan kewujudan ayam goreng di dunia ini. Bunyi macam pelik kan? Tapi memang betul disambut di Amerika Syarikat.

 

Jadi, apa yang mereka lakukan masa hari sambutan ini? Apa lagi, mereka makan ayam goreng~lah!

#2 Bahagian Thigh Paling Popular?

air-fryer-fried-chicken-on-white-plate

Madu tahu yang ini agak kontroversi sebab setiap orang ada pilihan masing-masing! Takut bergaduh pula, bahagian ini lagi sedaplah, bahagian itu lagi sedaplah!

 

Tapi memang tak dapat dinafikan, ramai orang lebih sukakan bahagian thigh tetapi setiap bahagian ada peminat mereka masing-masing dan benda ini juga boleh berubah!

 

Contohnya untuk ayam goreng, Madu masa kecil lebih gemarkan bahagian drumstick tetapi sekarang lebih gemar bahagian thigh! Jadi ianya tidak boleh disusun mengikut ranking yang tepat!

 

Pssst, jangan marah, sekali lagi setiap orang ada favourite masing-masing, betul tak?

#1 Ayam Goreng Viral Dah Muncul!

Dari tadi cakap pasal kemunculan ayam goreng viral baru, sebetulnya ayam goreng viral yang korang tercari-cari lepas tengok video “Jangan Search” rupanya dari McDonalds! Memang bukan macam biasa!

Video “Jangan Search” adalah video terbaru dari McDonalds untuk ayam goreng viral diorang! Setiap tahun memang video diorang buat Madu kecur air liur, terus cari Ayam Goreng McD! Senang cerita memang viral setiap tahun.

Video ala-ala ASMR yang diorang buat tahun 2017 dan 2018 dengar bunyi krup-krup itu elemen paling pentinglah! Madu rasa ramai yang lepas tengok iklan itu, terus serbu cari Ayam Goreng McD, memang viral!

Madu dah cakap bila dah terlalu tengok mesti akan kecur terus air liur Maduners! Bukan macam biasa dia punya viral, terus terikut-ikut order Ayam Goreng McD, nak lagi mudah guna McDelivery jerr, lagi laju Maduners boleh ngappp Ayam Goreng favourite rakyat Malaysia!

Ayam Goreng Viral

Yang pastinya bukan macam biasa!

 

Pssst! Lepas tengok video “Jangan Search” confirm Maduners akan cari Ayam Goreng McD!

Post a Comment