Musim COVID-19, Senarai Barang Wajib Ada Di Rumah Untuk Kuarantin Kendiri! – Manis Madu
Senarai Barang Wajib Ada Di Rumah Untuk Kuarantin Kendiri

Musim COVID-19, Senarai Barang Wajib Ada Di Rumah Untuk Kuarantin Kendiri!

Sedar tak sedar sudah hampir dua tahun dunia dijangkiti wabak Covid-19. Setiap hari ada sahaja individu yang positif dan ada juga yang meninggal dunia akibat Covid-19. 

 

Penyakit ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main dan ia pasti menimbulkan rasa bimbang kepada semua pihak. 

 

Sekarang ini kalau batuk, demam atau selsema, mesti dah rasa risau sangat, apatah lagi Maduners yang tidak mempunyai sebarang gejala tapi tahu-tahu saja disahkan positif. 

 

Bagi mengatasi masalah ini, Miera nak cadangkan dekat Maduners semua antara barang berguna yang perlu ada di rumah terutamanya pada musim Covid-19.

 

Mana tahu kalau Maduners antara salah seorang yang positif atau ada contact rapat dengan sesiapa dan memerlukan kuarantin kendiri di rumah. Jadi, sedikit sebanyak benda-benda ini akan membantu nanti!

#Termometer

Termometer

Benda paling asas yang perlu Maduners ada di rumah pada ketika ini adalah termometer.

 

Macam selalu nampak di pasaraya, kedai-kedai makan atau dimana sahaja mesti setiap premis tersebut akan menyediakan termometer ini.

 

Termometer ini wajib ada untuk check suhu badan anda atau orang lain. 

 

Maduners juga digalakkan membeli sekurang-kurangnya satu untuk diletakkan di rumah supaya dapat memantau suhu badan secara berkala.

#Oximeter

Oximeter

Antara salah satu kesan setelah dijangkiti Covid-19 adalah berlakunya penurunan oksigen.

 

Sejak kebelakangan ini, memang kerap terjadi kematian yang disebabkan komplikasi kandungan oksigen rendah dalam kalangan pesakit Covid-19.

 

Sebab itu alat bantuan Oximeter ini penting disimpan dirumah kerana ia sedikit sebanyak dapat memudahkan Maduners mengesan kadar oksigen dalam darah dengan sendiri terutamanya bagi mereka yang  kuarantin di rumah.

 

Kuarantin kendiri ini agak mencabar kerana Maduners kena  mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan kadar kesihatan Maduners dalam keadaan yang baik dan terkawal.

 

Maduners boleh gunakan Oximeter ini 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam. Kalau boleh pastikan bacaannya adalah 90% keatas sebab oximeter ini tidak tepat seperti di hospital.

 

Tips! Pastikan Maduners beli Oximeter yang berfungsi dengan baik kerana sekarang banyak yang di jual atas talian yang palsu. Nak pasti yang original, boleh terus beli di farmasi berdekatan.

#Sarung Tangan & Pakaian PPE

Sarung Tangan

Mungkin ramai di antara kita yang kurang ambil berat tentang pemakaian PPE dan sarung tangan. 

 

Selalu bila keluar dari rumah hanya tahu menyarung pelitup muka sahaja tetapi tidak menggunakan sarung tangan dan PPE. 

 

Pakaian ini bukan sahaja perlu digunakan di luar rumah, malah di dalam rumah juga wajib digunakan lagi-lagi ada ahli keluarga yang positif Covid-19.

 

Walau bagaimanapun, Maduners dinasihatkan untuk tidak menggunakan PPE atau alat pelindung diri yang sama antara satu sama lain! 

 

Pastikan ia sentiasa diganti selepas digunakan supaya kadar jangkitan tidak berada pada paras yang tinggi.

#Cecair Nyahkuman

Cecair Nyahkuman

Dalam musim-musim Covid-19 ini, Maduners perlu memastikan agar kawasan rumah sentiasa dalam keadaan bersih. Maklumlah virus ini sangat kecil dan tak mampu dilihat dengan mata kasar.

 

Cecair nyahkuman ini sangat penting dan wajib ada di rumah untuk kegunaan harian.

 

Korang boleh gunakan cecair ini untuk mop lantai atau isikan dalam botol spray supaya senang nak sembur pada sofa, katil atau mana-mana tempat yang berkemungkinan dijangkiti.

#Portable Nebulizer

Portable Nebulizer

Alat seterusnya ini sangat sesuai digunakan kepada sesiapa sahaja yang mengalami batuk berkahak atau yang mengalami asma.

 

Alat ini dapat melegakan masalah yang dihadapi tanpa perlu pergi ke hospital. Buat masa sekarang ini nak pergi ke hospital pun kena fikir banyak kali sebabnya kita akan lebih berisiko untuk dijangkiti wabak Covid-19.

 

Untuk mendapatkan alat ini pun tidaklah terlalu mahal, korang boleh dapatkannya di farmasi berdekatan dengan harga julat harga  RM66 – RM100 bergantung pada jenis, jenama dan kualiti produk ini.

#Pinggan & Cawan Plastik

Pinggan & Cawan Plastik

Seperti yang Maduners tahu, jangkitan Covid-19 ini mudah merebak melalui sentuhan. Sudah pasti kita tidak mahu berkongsi pinggan mangkuk dengan individu yang positif kan?

 

Jadi, dengan memiliki set pinggan dan cawan plastik ini dapat memudahkan kerja dan ia dilihat lebih selamat.

 

Maduners hanya perlu hidangkan sahaja makan dalam pinggan plastik ini dan bila pesakit dah selesai makan mereka boleh terus buang sahaja pinggan tersebut dalam plastik sampah.

#Nano Fog

Nano Fog

Nano fog ini adalah pilihan sahaja, kalau Maduners ada duit lebih bolehlah dapatkan Nano Fog ini sebab ia lebih mudah dan cepat.

 

Sekarang pun ramai yang dah memiliki alat nyahkuman ini dan bawa ke merata tempat. Bukan setakat harta benda boleh sembur, dengan tuan-tuan badan pun boleh sembur menggunakan Nano fog ini. 

 

Sekarang ini memang kita kena jadi lebih sensitif terhadap kebersihan sekeliling, sebab kita sendiri pun tak tahu apa yang ada di udara dan di tempat-tempat tertentu.

 

Jadi, Maduners bolehlah beli sikit demi sedikit alat yang disenaraikan di atas sebagai persediaan pada masa akan datang. 

 

Apa-apa pun Miera harap semoga kita sentiasa dijauhkan dari wabak yang berbahaya ini.

 

Stay Safe everyone!

Post a Comment