Musuh Ketat Wanita! Double Chin Boleh Hilang Tak? – Manis Madu
Musuh Ketat Wanita! Double Chin Boleh Hilang Tak_

Musuh Ketat Wanita! Double Chin Boleh Hilang Tak?

Dagu berganda atau lebih selalu disebut double chin bagi wanita adalah musuh ketat! Kehadirannya tidak diundang apatah lagi diinginkan. Agak-agak, boleh ke double chin ini dihilangkan?

271179434_449135726865253_7039882030145518181_n (1)

Jawapannya mestilah boleh! Okay, sebelum Madu kongsikan beberapa tips untuk hilangkan double chin, ketahui apa itu double chin terlebih dahulu.

 

Double chin adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu. Double chin juga dikenali sebagai lemak submental dan sering dikaitkan dengan berat badan berlebihan.

 

Bagi Maduners yang mempunyai berat badan ideal tetapi tetap ada double chin, jangan pelik kerana genetik atau kulit yang lebih longgar akibat penuaan juga boleh menyebabkan terbentuknya double chin.

 

Secara dasarnya, double chin ini tidak berbahaya tetapi adakala nampak tak berapa comel pada pandangan sebahagian orang. Haa, kalau Maduners yang sedang membaca ini adalah orangnya, jom Madu kongsikan beberapa cara yang perlu korang usahakan!

Senaman

Sebenarnya, walaupun tidak ada bukti saintifik bahawa senaman dagu mampu mengurangkan double chin, Maduners masih boleh mencuba cara ini. Korang boleh tengok beberapa jenis senaman untuk kecilkan dagu seperti yang Madu kongsikan di bawah:

Tengah bersantai petang-petang sambil tonton televisyen, boleh la buat senaman ini!

Kawal Pemakanan & Diet

Bagi Maduners yang memiliki double chin kerana berat badan berlebihan, Madu sarankan supaya korang mula untuk diet dan lakukan senaman. Seiring dengan penurunan berat badan, double chin pun akan lama-lama mengecil. Maduners boleh beri keutamaan kepada:

brooke-lark-jUPOXXRNdcA-unsplash (1)
  • Kurangkan makan kek, pastry, biskut (semua ini sejenis makanan yang tinggi gula & kalori)
  • Kurangkan juga pengambilan roti putih, gantikan dengan roti wholemeal okay?
  • Kurangkan makan kuih muih. Fuhhh, yang ni memang mencabar selalunya mesti akan makan lebih dari satu.
  • Bukan itu sahaja, pengambilan nasi putih juga perlu dikawal. Makan ikut portion tau (suku suku separuh)!

Buat Rawatan Untuk Kecilkan Double Chin

Kalau double chin terbentuk oleh genetik, terdapat dua cadangan rawatan boleh dibuat iaitu Lipolysis dan Mesotherapy.

 

  1. Lipolysis
    • Juga dikenali sebagai liposculpture, lipolysis menggunakan sedut lemak atau haba dari laser untuk mencairkan lemak dan kontur kulit. Lipolysis hanya merawat lemak tetapi tidak menghilangkan kulit yang berlebihan atau meningkatkan keanjalan kulit. Kesan-kesan sampingan lipolysis mungkin termasuk:
      • Bengkak
      • Lebam
      • Rasa sakit
  2. Mesotherapy
    • Mesotherapy pula adalah prosedur invasif minimum yang menyampaikan sejumlah kecil sebatian larut lemak melalui satu siri suntikan.
    • Untuk masalah double chin, mungkin memerlukan 20 atau lebih suntikan asid deoksirilik bagi setiap rawatan. Lebih kurang enam rawatan diperlukan selama sekurang-kurangnya satu bulan tempoh rawatan.
    • Hati-hati ya, asid deoksirilik boleh menyebabkan kerosakan saraf yang serius jika disuntik secara tidak profesional. Hanya pakar dermatologi atau doktor yang ada pengalaman pembedahan plastik dan berpengetahuan tentang ubat sahaja boleh melakukan suntikan ini.
    • Kesan sampingan potensi asid deoksirilik dan suntikan mesoterapi lain termasuk:
      • Bengkak
      • Lebam
      • Rasa sakit
      • Kebas
      • Kemerahan

 

So, ada 3 cara yang Madu dah kongsikan untuk kecilkan double chin. Maduners boleh pilih nak gunakan cara apa untuk masalah ini ya!

Post a Comment