Nak Beli Cincin Tapi Tak Tahu Saiz Jari? Cara Ukur Saiz Cincin Yang Korang Boleh Buat Di Rumah! – Manis Madu
Cara Ukur Saiz Cincin

Nak Beli Cincin Tapi Tak Tahu Saiz Jari? Cara Ukur Saiz Cincin Yang Korang Boleh Buat Di Rumah!

Pernah tak Maduners hadapi masalah tersalah beli saiz cincin? Masa beli itu rasa okay jerr tapi bila sampai terlebih longgar atau ketat sangat! Masalah ni selalu terjadi kalau beli online, kan?

 

Hari ini Anis akan share dengan Maduners cara untuk ukur saiz cincin dengan mudah. Jom kita tengok!

 

Sebelum ke cara nak ukur saiz cincin, Anis share dulu dua jenis saiz cincin yang digunakan di Malaysia iaitu US size dan Asian/HK size.

Ukur-saiz-cincin

US size adalah international size yang lazimnya digunakan kalau Maduners nak beli cincin secara atas talian di website luar negara dan ramai juga peniaga di Malaysia yang gunakan US size ini. Kebiasaannya, US size bermula dari saiz 3 hingga 13 tapi Maduners kena ingat, US size tidak digunakan di mana-mana kedai cincin emas atau silver di Malaysia.

 

Manakala bagi Asian/HK size pula adalah saiz yang kebiasaannya digunakan di kedai-kedai cincin emas, silver atau platinum di Malaysia. Saiz yang tersedia bermula dari saiz 1 hingga 30 tetapi lazimnya ia dijual bermula dari saiz 6 hingga 25. Kalau Maduners nak cari cincin di kedai cincin yang ada di Malaysia, gunalah saiz Asian/HK ini.

 

Terdapat dua cara yang boleh Maduners gunakan untuk ukur saiz cincin dengan mudah. Yang pertama adalah dengan mengukur jari.

Cara-ukur-jari-untuk-tahu-saiz-cincin

Sumber Gambar: www.vanillakismis.my

Bahan yang diperlukan adalah seperti benang atau kertas, gunting, pembaris dan pen atau pensil.

benang-pembaris-gunting

Caranya, Maduners lilitkan benang atau kertas di jari yang dikehendaki. Lilitan kertas itu pula mestilah ketat untuk memastikan saiz cincin yang diperoleh nanti tepat. Kemudian ukur benang atau kertas itu di pembaris dan catatkan ukuran yang korang dapat.

 

Ulang sebanyak 3 kali untuk betul-betul pasti saiz yang sesuai. Kemudian Maduners boleh rujuk ukuran itu mengikut senarai di atas.

 

Haa! Senang jerr kan?

 

Cara yang kedua pula, Maduners boleh gunakan cincin contoh untuk dapatkan saiz cincin yang tepat. Cara ini boleh digunakan sekiranya Maduners dah ada cincin yang sesuai pada jari.

 

Caranya adalah dengan menggunakan pembaris, ukur bahagian diameter dalam cincin (inner diameter) sahaja.

diameter-cincin

Kemudian letakkan pembaris atas cincin dan ukur bermula dari 0 cm dan semak kembali saiz pada jadual di atas.

 

Maduners boleh juga lukis bentuk cincin yang korang pakai itu di atas kertas dan ukur diameter dia kemudian baru semak saiz pada jadual di atas.

 

Untuk buat ukuran ini, Anis cadangkan untuk Maduners buat ukuran jari di siang hari kerana jari korang mengembang di waktu siang. So tak ada masalah cincin ketat kalau ukur di waktu siang berbanding malam.

 

Anis harap info ini berguna untuk semua Maduners di luar sana yang nak beli cincin tapi tak tahu saiz. Selamat mencuba!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment