Nak Bercuti Ke Langkawi, Ketahui Beberapa Perkara Wajib Sebelum Ke Sana!
Setelah diumumkan pembukaan Langkawi baru-baru ini, Madu yakin ramai yang sudah merancang percutian ke sana. Sudah berbulan-bulan kita terkurung, tidak salah rasanya bercuti sebagai penghilang tekanan.
Namun haruslah diikuti dengan SOP yang ketat kerana ‘wabak jahat’ itu masih ada dan membimbangkan!
Berdasarkan pengalaman beberapa individu yang sudah ke sana, untuk membolehkan Maduners bercuti ke Langkawi, terdapat beberapa perkara yang wajib perlu diselesaikan serta dokumen-dokumen wajib yang perlu dibawa bersama.
Antara tiga perkara utama yang akan diperiksa adalah keputusan (negatif) ujian RTK atau membawa sendiri self-test kit Covid-19, sijil vaksinasi digital (sudah lengkap 2 dos suntikan) serta maklumat tempahan penginapan.
I flew using Malaysia Airlines (MAS) to Langkawi today and here’s 3 things you should prepare beforehand.
1) RTK Negative results
2) Vaccination Digital Certificate MySejahtera
3) Hotel booking confirmation3 document ni sila prepare ya, tunjuk email dalam phone pon boleh.
— gee (@nunajihah) September 16, 2021
Maduners juga disarankan untuk datang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal, membawa pen sendiri serta bersiap sedia dengan segala dokumen penting supaya urusan pemeriksaan berjalan lancar dan tidak kelam kabut.
Buat yang nak ke Langkawi tu :
1. Datang awal (sekurang-kurangnya dua jam sebelum)
2. Bawa C19 self-test kit / boleh beli juga dkt kaunter.
3. Lagi mudah kalau dah buat RTK dkt klinik dulu.
4. BAWA PEN. Takdenyer orang nak share pen.
5. Jangan kecoh2. Tenang ikut arahan. pic.twitter.com/TUmjpGA3gY— fadzmel fadzil (@fadzmel) September 16, 2021
Ini kerana setibanya di Langkawi, pihak berkuasa akan memeriksa status vaksinasi di MySejahtera serta menyemak status keputusan ujian Covid-19. Simpan slip keputusan ujian Covid-19, jangan sampai hilang!
Semoga dengan perkongsian ini, perjalanan korang untuk bercuti ke Langkawi lebih lancar dan teratur.