Nak Cantik Waktu Konvokesyen? Ikut 7 Tips Ini Untuk Kelihatan Lebih Wow! – Manis Madu
Nak-Cantik-Waktu-Konvokesyen-Ikut-7-Tips-Ini-Untuk-Kelihatan-Lebih-Wow

Nak Cantik Waktu Konvokesyen? Ikut 7 Tips Ini Untuk Kelihatan Lebih Wow!

Maduners yang akan bergraduasi tak lama lagi mesti excited nak hadiri majlis konvokesyen korang kan?

 

Jadi Madu nak kongsi tips bersiap untuk konvo korang lagi-lagi pada wanita-wanita yang nak nampak cantik tapi simple kan? Jom kita rungkai 7 tips flawless untuk konvokesyen korang!

#1 Facial 7 Hari Sebelum Konvokesyen

Facial-7-Hari-Sebelum-Konvokesyen

Facial sangat digalakkan, tapi pastikan anda lakukannya 7 hari sebelum hari majlis anda kerana sel kulit mati di wajah akan disingkirkan sepenuhnya dari kulit anda 7 hari selepas tempoh facial anda.

 

Jadi, jika anda lakukannya lambat, produk-produk kosmetik kemungkinan tidak akan melekat di wajah anda dan ini menyukarkan makeup-artist untuk melakukan kerja mereka kerana terdapat sel kulit mati yang masih ada pada wajah anda dan tidak hilang sepenuhnya.

#2 Gunakan Foundation Yang Tipis

Gunakan-Foundation-Yang-Tipis

Sumber Gambar: beautycrew.com

Sebenarnya untuk tips kedua ini terpulang kepada wanita di luar sana, tapi Madu nak sarankan supaya gunakan solekan yang tipis sahaja ketika hari konvokesyen.

 

Sebab majlis konvokesyen selalunya akan berlangsung agak lama jadi solekan yang tipis akan buat solekan lebih tahan lama dan tidak mudah pecah.

#3 Moisturiser Yang Mencukupi

Moisturiser-Yang-Mencukupi

Takkan kita nak pakai mekap cantik-cantik je, tapi kesihatan kulit kita abaikan.

 

Moisturiser ini antara elemen yang sangat penting untuk kulit kita supaya sentiasa lembap dan tak kering. Masa di hari konvokesyen anda, mungkin Maduners perlu berjemur di bawah matahari yang terik jadi moisturizer ini lah agent pelembap utama pada kulit.

 

Pastikan ianya diletakkan sebelum anda pakai foundation favourite korang ya!

#4 Tutup Dark Circle dan Cela Sebaiknya

Tutup-Dark-Circle-dan-Cela-Sebaiknya

Sumber Gambar: ndtv.com

Ini Madu yakin, dark circle dan cela di wajah antara musuh utama wanita dekat luar sana. Jadi tutuplah dark circle dan cela ini dengan concealer yang high-coverage tapi mempunyai tekstur yang ringan.

 

Pastikan juga tona warna concealer yang korang guna itu sama dengan ton kulit, jadi tak nampak bertompok nanti! Kenapa perlu tutup? Sebab dark circle dan cela ini yang menampakan wajah kita kurang bermaya.

#5 Warna Bibir Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

Warna-Bibir-Yang-Sesuai-Dengan-Warna-Kulit

Warna bibir memainkan peranan yang sangat penting kalau bersolek. Jadi kena bijak pilih warna!

 

Bagi yang berkulit sedikit gelap, gunakan warna gincu yang mempunyai ton coklat dan bagi yang berkulit cerah gunakan warna yang lebih kepada oren dan merah jambu.

#6 Contact Lens (Jika Dipakai)

Contact Lens

Sumber Gambar: aao.org

Jika anda mengenakan contact lens ketika hari konvokesyen, pastikan ianya adalah jenis soft lens dan memilih warna yang sesuai dengan solekan.

 

Elakkan pakai warna yang terlampau cerah seperti kelabu cerah kerana mungkin boleh kelihatan garang, tetapi kalau selesa mengenakannya, terpulang kepada diri sendiri.

#7 Baju Yang Sesuai Dengan Solekan

Baju-Yang-Sesuai-Dengan-Solekan

Warna baju pun mainkan peranan penting dalam menjadikan solekan di wajah Maduners lagi menyerlah.

 

Elakkan dari guna lebih dari 3 warna dalam satu pakaian dan kenakan baju yang seakan-akan ton solekan. Ini akan jadikan solekan korang lagi natural dan tidak nampak terlalu ketara. Permainan warna sangat penting ya!

 

Jadi, nak ikut tak tips yang Madu sediakan? Apa-apa pun, tahniah di atas hari konvokesyen Maduners!

Post a Comment