“Nak Cari Duit Poket”, Kanak-Kanak 11 Tahun Berniaga Di Shopee Disangka Scam! – Manis Madu
“Nak Cari Duit Poket”, Kanak-Kanak 11 Tahun Berniaga Di Shopee Disangka Scam

“Nak Cari Duit Poket”, Kanak-Kanak 11 Tahun Berniaga Di Shopee Disangka Scam!

Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cek Ammey Abu Bakar, dia pada mulanya menyangka bahawa dia telah discam oleh penjual Shopee disebabkan barangan yang dipesan tidak sama seperti yang diterima.

“Aku beli ring light 33cm, tapi bila sampai saiz kecik 26cm”.

 

Ekoran itu, dia terus menghubungi penjual Shopee berkenaan dan bertanya tentang hal tersebut. 

 

Apa yang membuatkan lelaki itu bertambah marah dan ingin refund barangan yang dibeli apabila penjual itu seolah tidak tahu berkenaan barang yang dijualnya.

 

Selepas beberapa perbualan dibuat, Cek Ammey baru tahu bahawa penjual yang dia berurusan ini baru berusia 11 tahun dan masih belajar untuk berniaga di Shopee.

 

Mengetahui hal tersebut, Cek Ammey terus membatalkan niat untuk memulangkan semula barangan tersebut dan siap tolong kanak-kanak itu menguruskan akaun Shopeenya lagi!

 

“Aku kira nekad dah nak refunds sebab rasa ini kes scam. Sekali dia minta maaf kata baru 11 tahun. Aduh kesian, terus tak jadi return” 

 

Kegigihan kanak-kanak 11 tahun itu telah membuatkan ramai netizen salute dengan usaha yang dia lakukan.

 

Kanak-kanak itu juga memaklumkan dia hanya menonton Youtube sahaja untuk belajar menjual barangan di Shopee sambil-sambil bantu keluarga dan mencari duit poket.

Post a Comment