Nak Dapatkan ‘No Makeup Lewkk’, 5 Produk Wajib Ada Untuk Kecapi Gaya Mekap Minimalis Yang Flawless! – Manis Madu
Nak Dapatkan ‘No Makeup Lewkk’

Nak Dapatkan ‘No Makeup Lewkk’, 5 Produk Wajib Ada Untuk Kecapi Gaya Mekap Minimalis Yang Flawless!

Minimalis look merupakan salah satu tren yang lagi tengah booming di dalam industri mekap ataupun dikalangan wanita zaman sekarang.

 

Tak semua wanita suka solekan yang bold ataupun dipenuhi dengan warna di muka mereka, kadang-kadang lagi natural lagi bagus! Sentuhan minimalis di dalam solekan telah menjadi perbualan hangat kebelakangan ini.

Jadi, hari ini Madu nak cerita sikit beberapa produk yang korang kena ada kalau nak mengecapi look minimalist anda sendiri.

1. Beauty Sponge (Span Kecantikan)

Beauty Sponge (Span Kecantikan)

Salah satu benda yang Madu kena ada, very universal dan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi mekap dimuka anda.

 

Selain digunakan untuk mengaplikasikan foundation, beauty sponge juga boleh digunakan untuk concealer dan juga mengaplikasikan pembayang pipi.

 

View this post on Instagram

 

Get FLUFF before your friend does. 🌨 @fluffbymimiezamree

A post shared by Mimie Zamree (@mimiezamree) on

Beauty sponge kesukaan Madu adalah dari Fluff by Mimie Zamree! Selain dari lembut dan senang nak bawak pegi mana-mana, beauty sponge inilah yang banyak membantu Madu dalam persiapan seharian. Senang jer, dap.. dap.. dap.. away..

2. Foundation (Bedak Asas)

Bobbi-Brown_Foundation_ManisMadu

Haa, merupakan salah satu produk asas yang paling penting korang kena ada dan wajib diaplikasikan dimuka anda! Of course lah, bedak asas ataupun dikenali sebagai foundation is a must!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by M·A·C Cosmetics (@maccosmetics) on

Foundation (Sedikit sahaja) merupakan salah satu benda asas yang perlu anda ada dalam mengecapi look minimalis. Aplikasikan bedak asas menggunakan span kecantikan, dan pastikan kuantiti yang digunakan hanya untuk menutup dan merapikan your uneven skintone! Ingat! Minimalis merupakan look yang mengetengahkan kesihatan/kecantikan asli kulit muka anda. Your base is everything!

3. Blusher (Pembayang Pipi)

Blusher (Pembayang Pipi)

Salah satu masalah yang selalu dihadapai oleh wanita whenever they tried to achieve minimalist look yang jadinya muka kelihatan pucat. What’s the solution?? BLUSHER…

Bobbi-Brown_ManisMadu

Gunakanlah pembayang muka yang tidak terlalu terang, ini kerana fungsi blusher hanya untuk memberi sedikit warna di muka anda. Jangan terlalu gung-ho, pembayang pipi hanyalah untuk membuatkan muka kelihatan tidak pucat dan bermaya. It’s a must Girls!!

4. Lipstick (Gincu)

Lipstick (Gincu)_ManisMadu

Apalah mekap kalau tidak ada gincu, selain dari pembayang pipi gincu juga memainkan peranan untuk membawa seri ke muka anda apabila anda ingin mencuba stail minimalis untuk solekan anda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by M·A·C Cosmetics (@maccosmetics) on

Sama seperti pembayang pipi, gincu juga memainkan peranan yang penting dalam menaikkan seri muka. Ingat elakkan warna yang terang, cubalah menggunakan warna yang seakan warna bibir anda with a slight hint of red/pink. Berhati-hati dengan warna nude, kerana jika terlalu nude muka anda akan kelihatan tidak sihat dan pucat.

5. Basic Eye Makeup Set (Set Asas Solekan Mata)

Basic Eye Makeup Set (Set Asas Solekan Mata)_ManisMadu

Untuk last item yang korang semua kena ada, pastilah set asas solekan mata. Senang jer cuba ingat 4E’s, Eyeshadow, Eyebrow, Eyeliner and Eyelash!

 

Kawan 4 serangkai ini merupakan salah satu elemen yang terakhir dalam melengkapkan stail minimalis anda. Senang untuk disimpan di dalam beg kecil, set asas solekan mata merupakan pelengkap untuk stail minimalis anda. Ingat! Less is better! Gunakan pembayang mata yang berasaskan warna perang atau pun warna krim, hindari guna warna yang terlalu bold!

Madu dah cerita macam mana nak achieve minimalist lewwwk tapi Maduners kena pastikan juga guna berus mekap yang betul. Dekat sini Madu kongsi pautan untuk artikel Madu cerita tentang fungsi fungsi berus mekap dan aplikasi sebenar berus-berus mekap.

Post a Comment