Nak ‘Enjoy’ High Tea Di Restoran Bercirikan Inggeris? 3 Tempat Ini Wajib Korang Cuba!
Bagi Maduners yang menggemarkan suasana restoran ala Inggeris yang damai, tenang, dihiasi dekorasi lembut dan menyediakan menu-menu menarik untuk dinikmati, hari ini Madu akan kongsikan beberapa tempat untuk mendapatkan pengalaman English High Tea terbaik di sekitar Kuala Lumpur.
Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown – Lady Yi’s Tea House
- Lokasi: Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown ( 2, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
- Anggaran Harga: RM100- RM200
Lady Yi’s Tea House ialah tempat terbaik untuk ‘lari’ dari kesibukan bandar sambil dapat menikmati teh tradisional dan menjamah pelbagai jenis kuih.
Onde Onde dengan Gula Melaka tambahan, Otak Otak hangus sedikit dan kaya dengan kelapa dan pandan tambahan antara menu famous di sana.
Lady Yi’s Tea House dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Untuk pertanyaan dan tempahan, Maduners boleh hubungi/WhatsApp 012-507-3327 atau email dining@fourpoints.com.
Grand Hyatt Kuala Lumpur – Barbie Café
- Lokasi: Grand Hyatt Kuala Lumpur (12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
- Anggaran Harga: MYR 228 (Dewasa), MYR 188 (Kanak-Kanak)
- Session 1: 12:00 PM – 2:00 PM
- Session 2: 2:30 PM – 4:30 PM
Omooo, café ini yang tengah hype sekarang kan! Percaya atau tidak, kalau Maduners berkunjung ke restoran ini, rasa macam masuk ke dunia Barbie tau. Menarik sangat dekorasi restorannya dan merupakan salah satu tempat F&B eksklusif!
Barbie Café ini menyajikan sarapan pagi, minum petang dan koktel malam untuk melengkapkan penginapan hotel yang mewah. Namun memandangkan situasi pandemik Covid-19, tiada walk-in dibenarkan dan sesiapa yang mahu berkunjung ke sana perlu membuat tempahan terlebih dahulu.
Maduners boleh tengok senarai menu yang ada di Barbie Café pada link ini.
The St Regis Kuala Lumpur – The Drawing Room
- Lokasi: The St. Regis, No. 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Anggaran Harga: RM140 – RM170
Di restoran mewah The Drawing Room yang terletak di sebuah hotel terkemuka, The St. Regis Kuala Lumpur, Maduners dapat menikmati hidangan minum petang di bawah chandelier Kristal 5 tingkat yang dibuat khas dengan dekorasi arca kuda oleh artis Columbia terkenal, Fernando Botero. Arca kuda tersebut boleh dikatakan sebagai arca terbesar yang pernah dibuat oleh artis!
Antara tarikan utama di restoran ini adalah pencuci mulut Perancis, Mille-feuille hasil sentuhan tangan Chef Gael Moutet dengan 15 tahun pengalaman dalam hospitaliti antarabangsa. Chef ini memang pakar dalam mencipta dan menyusun pastri yang lazat.
View this post on Instagram
Sekali sekala kalau Maduners nak merasai pengalaman high-tea ala Inggeris, tiga kafe ini memang patut masuk dalam list korang. Memang terbaik!