Nak Mekap Lebih Kekal Lama, Prep Lah Dengan Betul – Manis Madu
Nak Mekap Lebih Kekal Lama, Prep Lah Dengan Betul

Nak Mekap Lebih Kekal Lama, Prep Lah Dengan Betul

Mekap sangatlah penting bagi kaum wanita, tetapi mekap bukanlah sekadar hanya mengenai contouring, highlighting, pemerah pipi dan bibir yang sesuai sahaja ataupun menguasai teknik membuat cat-eye yang sempurna. Apabila kita bercakap mengenai mekap, ia bukan sahaja mengenai teknik anda ataupun produk kosmetik apa yang anda perlu guna tetapi bagaimana anda prep ataupun persediaan kulit anda sebelum anda mengoleskan produk di kulit muka anda.

 

Ya, Madu setuju primer juga adalah salah satu cara anda untuk prep muka anda. Tetapi primer sahaja adalah tidak mencukupi dan ini bukanlah satu-satunya cara untuk anda menyediakan muka anda sebelum anda menggunakan mekap.

Sumber Gambar: BuildingBeauty.blog

Ketahui jenis kulit anda

Ini tidak bermakna anda perlu membuang semua primer anda, di sini Madu ingin membantu anda untuk prep kan muka anda dengan beberapa cara yang lain.

 

Perkara yang paling penting di dalam menyediakan muka anda atau prepping, adalah ketahui jenis kulit muka anda. Anda perlu tahu, adakah kulit muka anda jenis berminyak, kering ataupun kombinasi kedua-duanya.

 

Menurut Hannah Hatcher (MUA) “Sekiranya anda lebih cenderung kepada jenis kulit yang cenderung kepada berminyak, mulailah membersihkan kulit dengan pembersih yang sangat hidrasi, tetapi yang boleh mengawal produksi minyak kulit muka anda” beliau juga mengesyorkan pembersih yang mempunyai asid salisilik, yang dapat “membantu melarutkan lebihan minyak [dan] mengelupas kulit dengan lembut” dan jika anda mempunyai kulit muka yang kering gunalah pembersih muka yang melembap dan berasaskan krim. Gunalah pemebersih muka yang mempunyai bahan yang kaya dengan dengan hemuctant seperti madu dan asid hyaluronik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Hatcher (@theillytrilly) on

Pilih toner yang sesuai

Sumber Gambar: StyleCraze.com

Jangan dilupakan pula toner anda, ini juga amat penting untuk prep kulit muka anda. Hatcher berkata, jika kulit muka anda berminyak pilihlah toner yang mempunyai tahap hidrasi yang tinggi. Kulit berminyak harus memilih toner bebas alkohol yang juga mengelupas dengan lembut. Ini membantu menyingkirkan sel-sel permukaan mati yang menghasilkan kulit yang lebih bersih. Contohnya ialah asid buah amino atau asid glikolat. Dan jika anda mempunyai kulit yang kering, seperti biasa carilah toner yang mempunyai asid hyaluronik.

Guna pelembap

Sumber Gambar: Moneydotcomvip

Dan yang terakhir pemlembap muka, jangan fikir just because your skin is oily anda tak perlu guna pelembap muka! Itu adalah misconception yang selalu orang buat. Menggunakan pelembap bebas minyak akan membantu menganjalkan dan menghidratkan kulit anda. Jika anda mempunyai kulit yang kering, anda disyorkan untuk menggunakan pelembap muka yang berasaskan krim. Yer, ia mungkin akan membuatkan kulit anda a bit greasy but hey percayalah ia akan membantu melembapkan kulit muka anda. Jika anda ingin menggunakannya sebelum mekap, sebagai prepping adalah lebih baik jika anda menggunakan pelembap muka 30 minit – 1 jam sebelum anda mula mekap.

Cubalah praktiskan langkah-langkah di atas seharian, kerana ini dapat membantu mekap anda agar tahan lebih lama. Ingat, jika kulit muka anda sihat your makeup will surely lasted longer. Macam buat rumah, jika rangka dalaman anda tidak kuat maka tak lama lah rumah anda.

 

Love You Girls!!

Post a Comment