Nak Viral Atau Kurang Bijak? Aksi Lelaki Ini Sebabkan Satu Bandar Terputus Elektrik – Manis Madu
Aksi Lelaki Ini Sebabkan Satu Bandar Terputus Elektrik

Nak Viral Atau Kurang Bijak? Aksi Lelaki Ini Sebabkan Satu Bandar Terputus Elektrik

Bersenam itu bagus untuk kesihatan tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.

 

Tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh seorang lelaki di Chengdu, China melakukan senaman tekan tubi di atas tiang elektrik.

Perkara tersebut telah memaksa pihak berkuasa memutuskan elektrik untuk menjaga keselamatan lelaki tersebut tetapi pula telah memberikan masalah kepada penduduk di Chengdu terpaksa bergelap kerana tiadanya elektrik.

 

Lelaki tersebit kemudian ditahan pihak berkuasa kerana perbuatan kurang warasnya dan disahkan dia melakukan senaman tekan tubi pada ketinggian 10 meter.

 

Kejadian dimuat naik di platform media sosial China, Weibo yang menunjukkan lelaki itu melakukan tekan tubi di atas tiang elektrik.

“Pihak berkaitan menutup punca elektrik menyebabkan bekalan terputus menjejaskan ribuan rumah,” kata media tempatan, People’s Daily.

 

Sebab kenapa lelaki tersebut melakukan perkara tersebut tidak disahkan dan orang ramai dinasihatkan tidak meniru aksi tersebut kerana akan menyusahkan banyak pihak.

 

Perkara ini menjadi viral di media sosial dan mendapat tontonan hampir 2 juta.

Sumber Featured Image: Harian Metro 

Post a Comment