Nama Nur Sajat Kembali Panas, Kini Mahu Dikenali Sebagai Bella! – Manis Madu
Nama Nur Sajat Kembali Panas, Kini Mahu Dikenali Sebagai Bella

Nama Nur Sajat Kembali Panas, Kini Mahu Dikenali Sebagai Bella!

Sekarang mahu dikenali sebagai Bella.

 

Itu yang berlaku kini apabila usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mahu dikenali dan dipanggil dengan nama baharunya iaitu Bella.

Perkara ini terjadi selepas dia berjaya melarikan diri ke Bangkok, Thailand.

 

Nama baharu tersebut dikatakan sudah lama digunakan Nur Sajat dalam kalangan kawan rapatnya yang berperwatakan sama seperti Nur Sajat.

 

Harian Metro melaporkan Nur Sajat kini ‘berlagak’ dengan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi dan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

 

Nur Sajat telah ditahan oleh pihak imigresen di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang individu warga Thailand pada pukul 6 petang semalam waktu Thailand.

 

Pada 15 Jun lalu, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Post a Comment