Nampak Cantik Tapi Sebenarnya Tak! Tips Pilih Warna Bersesuaian Dengan Tona Warna Kulit Korang! – Manis Madu
Tips Pilih Warna Bersesuaian Dengan Tona Warna Kulit

Nampak Cantik Tapi Sebenarnya Tak! Tips Pilih Warna Bersesuaian Dengan Tona Warna Kulit Korang!

Pernah jadi tak, bila pakai certain warna penampilan kita serba tak kena? Mungkin pemilihan warna Maduners salah.

Kadang-kadang bila shopping, Maduners rasa cantik sangat dah warna dekat tudung, tapi macam tak sesuai dengan warna kulit. Sebenarnya Maduners kena sesuaikan dengan undertone kulit!

Kulit manusia mempunya tiga jenis undertone iaitu cool, neutral dan warm. Undertone bukan kulit cerah atau gelap. So, macam mana nak check undertone kulit kita? Cara yang paling senang adalah tengok warna salur darah di pergelangan tangan.

Kulit-manusia-mempunya-tiga-jenis-undertone-iaitu-cool,-neutral-dan-warm

Sumber Gambar: Colorescience

Pemilihan warna yang sesuai dengan kulit ini sangat penting kerana jika pemilihan warna fabrik, aksesori atau alat solek seperti foundation, blusher dan gincu tidak sesuai dengan warna kulit, ia akan membuatkan wajah Maduners kelihatan kusam, lebih tua dan tidak menyerlah.

 

Pemilihan aksesori seperti rantai tangan, cincin atau gelang pun memainkan peranan dalam membentuk penampilan seseorang.

Color-Shades-For-Different-Skin-Tone

Sumber Gambar: Tulleandchantilly

Jom kita mula dengan cool undertone dulu! Untuk cool undertone, korang sesuai dengan warna pink, purple dan biru. Aksesori yang sesuai dengan Maduners adalah silver.

 

Bila Maduners pakai silver atau diamond, akan nampak elegan dan eksklusif. Emas adalah kesilapan terbesar jika korang memiliki cool undertone skin!

 

Bagi warm undertone skin pula, warna yang sesuai dengan korang adalah cream, peach, kuning, oren atau warna-warna terang dan ceria. Jenis aksesori bersesuaian adalah emas. Bagi undertone skin ini, pakai aksesori berwarna emas memang onnzz!

cool-warm-skin-undertones-chart

Sumber Gambar: Stylecaster

Okay, nak tahu tak undertone mana paling untung? Mesti lah normal undertone skin sebab jenis kulit yang ini sesuai pakai semua warna dan boleh pakai kedua-dua jenis aksesori emas dan emas putih! Untung kan?

Selama ini kalau Maduners salah pilih warna yang tak kena dengan undertone skin, cuba tukar ikut warna yang sesuai nescaya Maduners akan dapat nampak perubahan pada penampilan. Selamat mencuba!

Post a Comment