Nampak Cantik Tetapi Menyeksakan? Kurangkan Kesakitan Bila Pakai High Heel Kegemaran Korang! – Manis Madu
Kurangkan Kesakitan Bila Pakai High Heel Kegemaran

Nampak Cantik Tetapi Menyeksakan? Kurangkan Kesakitan Bila Pakai High Heel Kegemaran Korang!

Pakai kasut tumit tinggi atau stiletto? 100%  feeling model, githewww! Model memang model tapi mungkin kesihatan kita pula dalam bahaya.

 

ACE Physical Therapy & Sports Medicine Institute menyatakan bahawa, antara bahagian tubuh badan yang paling terkesan apabila terlalu lama memakai kasut tumit tinggi ialah, tapak kaki, pinggang belakang, lutut dan juga pergelangan kaki.

Inilah dia realitinya memakai kasut stiletto kesayangan Maduners. Mesti ada yang dah pernah lalui kesakitan di tempat-tempat spesifik yang telah disebut, betul tak? So, macam mana nak kurangkan? Meh sini, Yaya tolong share.

Cara-Cara Mengurangkan Kesakitan Apabila Memakai Stiletto

Kalau nak enjoy memakai kasut tumit tinggi tanpa sebarang kesakitan, agak susah. Tapi, ada beberapa cara yang mungkin boleh mengurangkan kesakitan yang Maduners alami.

1. Memilih Kasut Tumit Tinggi Dengan Tumit Yang Lebih Tebal

Memilih Kasut Tumit Tinggi Dengan Tumit Yang Lebih Tebal

Menurut Healthista, lebih tebal tumit kasut, berat badan anda akan lebih seimbang. Jadi, kalau nak kurangkan risiko Maduners untuk terjatuh semasa berjalan, pilihlah tumit yang paling tebal!

2. Membawa “Emergency Flats”

Awal-awal kalau pergi jalan-jalan mesti semangat nak pakai high-heels. Dah setengah jalan, mulalah merungut kaki lenguh. Inilah masa terbaik untuk menukar kasut tumit tinggi kepada “emergency flats”, barulah lebih selesa nak berjalan!

3. 6 Inci? Tinggi Sangat Tu!

6 Inci? Tinggi Sangat Tu!

Memang tidak dinafikan, kasut stiletto memang cantik. Pakai jer terus nampak macam model, githewww! Menurut Healthista lagi, kasut tumit berukuran 5 hingga ke 6 inci akan memberi tekanan pada kaki, dan akan menyebabkan tulang dan saraf sekelilingnya meradang.

 

Jadi, seeloknya Maduners pilihlah tumit berukuran 5 inci dan ke bawah. Perubahan yang tidak ketara, tapi mungkin akan membawa kesan juga.

 

Boleh pakai kasut tumit berukuran 6 inci tapi sekali sekala sahaja sudah memadai, untuk special event saja!

4. Practice Makes Perfect

Kadang-kadang tak boleh nak elakkan yang kita akan melakukan aktiviti harian seperti menghadiri event, bekerja di ofis dan lain-lain lagi, dengan memakai kasut tumit tinggi sebagai formaliti.

 

Atas sebab yang tidak boleh dielakkan seperti ini, Maduners boleh mengambil inisiatif untuk praktis memakai kasut bertumit tinggi dalam 15 hingga ke 30 minit sebelum menjalankan aktiviti harian. Praktis seperti ini dianggap sebagai regangan supaya kaki akan terbiasa dengan kasut tumit tinggi tersebut.

5. Meletakkan Kusyen Keselesaan Dalam Kasut

Sumber Gambar: www.ebowsos.com

Sesetengah kasut mempunyai kusyen keselesaan yang memang dapat mengurangkan ketegangan kaki. Ada sesetengah pengeluar kasut juga yang melabel kasut sebagai ‘comfort shoes’.

 

Kalau tiada, Maduners boleh cari gel insole di mana-mana kedai kasut. Yaya selalu beli di kedai kasut Scholl, memang selesa gilerrr.

Lepas ini, jangan pula Maduners buang kasut stiletto dan tumit tinggi sebab sakit kaki. Boleh sahaja nak pakai, tetapi seharusnya berpada-pada supaya tiada yang injured nanti. Jangan lupa untuk jaga kesihatan tubuh badan, okay!

Post a Comment