Nampak Pekerja Beragama Islam Solat Atas Zink, Tindakan Pasangan Suami Isteri Ini Buat Ramai Tergamam! – Manis Madu
Nampak Pekerja Beragama Islam Solat Atas Zink, Tindakan Pasangan Suami Isteri Ini Buat Ramai Tergamam!

Nampak Pekerja Beragama Islam Solat Atas Zink, Tindakan Pasangan Suami Isteri Ini Buat Ramai Tergamam!

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter ada memuat naik satu perkongsian tentang satu situasi yang berlaku terhadap pasangan suami isteri di Sabah.

 

Difahamkan, suami isteri berkenaan ada membuat ubah suai kecil-kecilan di belakang rumah mereka. Satu hari, ketika dia sedang mencuci pinggan, dia terlihat pekerja yang bekerja untuk mereka sedang solat dengan beralaskan zink, berhadapan dengan pagar dan bukan di tempat teduh.

“Dalam masa yang sama saya marah sama diri saya. Kenapa saya tidak tanya dia Muslim ka tak. Kenapa saya tidak tanya awal-awal dia perlu sembahyang ka tak. Kenapa kenapa dan kenapa?” tulis wanita tersebut.

 

Apa yang mengharukan, pada petang yang sama juga, wanita yang dikenali sebagai Wendy Gwen ini memberitahu suaminya dan mereka menyediakan khemah kecil untuk pekerja-pekerja tersebut solat.

 

Wendy juga berkata, dia menganggap apa yang berlaku ketika itu sebagai teguran dari Tuhan untuk dia memperbaiki dirinya.

 

“Saya tahu Tuhan sedang tegur saya dengan cara yang halus. Sejauh mana iman saya? Walaupun berlainan agama, kadang-kadang teguran dari Tuhan itu datang dengan cara yang kita tak jangka.

 

“Mungkin Tuhan mau cakap, tengok tukang (pekerja) kamu. Serba kurang ketika itu tapi dia tetap kasi jalan tanggungjawab dia. Kamu, kamu manusia yang ada rumah selesa, ada kemudahan, ada kamu beribadah macam tu ka?” ujarnya.

 

Wanita itu juga turut berpesan supaya tidak memandang manusia mengikut taraf sosial dan mengingatkan agar melayan mana-mana manusia dengan selayaknya.

 

Betul! Seronok kan kalau hidup harmoni, saling memahami dan hormat menghormati seperti ini? Satu contoh terbaik yang boleh kita ambil dan ikut.

Post a Comment