Nanas Penyebab Keguguran? Kicap Akibatkan Parut Cacar Jadi Hitam? Betul Atau Sekadar Mitos? – Manis Madu
Nanas Penyebab Keguguran_ Kicap Akibatkan Parut Cacar Jadi Hitam_ Betul Atau Sekadar Mitos

Nanas Penyebab Keguguran? Kicap Akibatkan Parut Cacar Jadi Hitam? Betul Atau Sekadar Mitos?

Kita sering dihantui dengan kenyataan “bak kata pepatah orang tua”, yang digunakan dari zaman kanak-kanak lagi.

Kebanyakan mitos yang diperkatakan pula tidak benar dan hanya bertujuan untuk memberi peringatan kepada yang muda untuk menjaga kesihatan mereka.

Mitos 1: Mandi Malam Menyebabkan Paru-Paru Berair

1. Mitos 1: Mandi Malam Menyebabkan Paru-Paru Berair

Mitos yang ini paling Madu takut sekali sebab seringkali diperkatakan. Sebenarnya, menurut Steemit, mandi malam boleh mengakibatkan batuk berkahak, kesukaran untuk bernafas ataupun menggigil kerana terlalu sejuk sahaja.

Mitos 2: Nanas Penyebab Keguguran

2. Mitos 2: Nanas Penyebab Keguguran

Healthline menyatakan bahawa nanas adalah selamat untuk dimakan sewaktu mengandung, dan keguguran merupakan mitos semata-mata.

 

Kesian ibu mengandung yang kempunan nanas kemudian dihalang pula daripada makan nanas! Don’t worry, lepas ini dah tahu boleh makan nanas!

Mitos 3: Sup Ketam Rawatan Utama Untuk Denggi

Mitos 3: Sup Ketam Rawatan Utama Untuk Denggi

Mitos ini pula dikatakan hanyalah sebuah folklore, dan tiada justifikasi kukuh yang menunjukkan bahawa sup ketam berkesan untuk merawat denggi.

Mitos 4: Kicap Menyebabkan Parut Hitam

Mitos yang ini pula Madu selalu dengar apabila seseorang menghidapi cacar air (chicken pox), dan ia terbukti bahawa hanyalah mitos semata-mata!

Mitos 5: Soya Menyebabkan Kemandulan

Mitos 5: Soya Menyebabkan Kemandulan

Menurut Kofinas Fertility Group, soya boleh mengakibatkan kemandulan jika seseorang makan dalam kuantiti yang sangat banyak iaitu 60 gram ke atas. Hal ini kerana, hormon isoflavones yang dirembeskan boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk mengandung.

Setakat ini sahaja Madu mampu untuk perang melawan mitos. Maduners semua selidik dulu sebelum percaya, okay?

Post a Comment