‘Nasi Goreng Pedas Bukan Cili Lebih’! Wanita Marah Peniaga Tak Faham Bahasa – Manis Madu
Nasi Goreng Pedas Bukan Cili Lebih

‘Nasi Goreng Pedas Bukan Cili Lebih’! Wanita Marah Peniaga Tak Faham Bahasa

Pernah terjadi tak kepada Maduners bila order sesuatu makanan disertai dengan pesanan tambahan tetapi makanan yang sampai tidak seperti apa yang kita minta?

 

Contohnya memesan nasi goreng tanpa sayur atau nasi goreng pedas tetapi yang sampai kepada kita sebaliknya. Boleh hilang mood dan selera makan kan?

fried rice with carrot and vegetables

Perkara yang sama juga dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nrsyasyanzm yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah tukang masak yang menyediakan hidangannya.

@nrsyasyanzmSaya nak pedas bukan nya letak cili camni🥲saya nak rasa pedas dalam masakkan tu besau besau laktu cili 😩♬ original sound – Nur syasya

Menurut Syasya, dia tidak berpuas hati terhadap sesetengah kedai yang tidak faham pesanannya yang meminta nasi goreng dengan rasa yang lebih pedas.

 

Apa yang diperolehnya hanyalah hidangan nasi goreng dengan ditaburi cili yang banyak tetapi rasa pada nasi tersebut tidak pedas sama sekali.

 

“Ada sesetengah kedai, dia tak faham. Kita minta pedas tapi bukan cili banyak macam ni! 

 

“Kau faham tak? Aku nak pedas means rasa pedas bukannya kau main tabur cili macam tu masalahnya tak pedas pun,” ujarnya dengan nada geram.

 

Luahan perasaan wanita tersebut sudah ditonton sebanyak 239.9k kali di laman TikTok dan rata-rata komen bersetuju dengannya.

 

Siapa pernah kena situasi yang sama? Madu selalu kena! Minta nasi goreng pedas tapi yang sampai nasi goreng penuh cili jerr.

Post a Comment