Nasib Baik Kunci Dari Dalam! Wanita Kongsi Detik Cemas Lelaki Tak Dikenali Cuba Buka Pintu Kereta – Manis Madu
Nasib Baik Kunci Dari Dalam! Wanita Kongsi Detik Cemas Lelaki Tak Dikenali Cuba Buka Pintu Kereta

Nasib Baik Kunci Dari Dalam! Wanita Kongsi Detik Cemas Lelaki Tak Dikenali Cuba Buka Pintu Kereta

Di mana-mana pun kita berada, keselamatan menjadi perkara yang harus diutamakan. Lebih-lebih lagi dalam dunia ‘kejam’ seperti sekarang, perlu extra alert dengan keadaan sekeliling.

 

Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita dikenali sebagai Emma Zack yang berkongsi detik-detik cemas yang dilaluinya di laman TikTok.

Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki misteri berpakaian serba hitam dilihat menghampiri kenderaan yang dinaikinya dan mencuba untuk membuka pintu.

 

Emma difahamkan ketika itu seorang diri dalam kereta dan berasa sangat lega kerana sempat mengunci pintu kereta.

 

“Nasib baik aku sempat kunci, dia nak masuk dalam kereta weh,” tulis wanita itu dalam videonya.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang dengan kejadian itu dan ada juga yang berpesan kepada para pemandu wanita untuk lebih berhati-hati di luar sana.

 

“Next time sapa jadi gini tekan hon lama2,” komen salah seorang pengguna TikTok.

 

“Sebab tu kalau husband gi mana-mana, tinggal sorang dalam kereta memang saya kunci dari dalam. Takut jadi macam ni la,” komen seorang netizen lain.

 

Situasi dunia luar sekarang memang risau sangat! Tak boleh leka sedikit, padah la jawabnya.

Post a Comment