Neelofa & PU Riz Disahkan Bersalah! Keluarga Juga Turut Dikompaun RM60,000 Kerana Tidak Patuh SOP – Manis Madu
Neelofa & PU Riz Disahkan Bersalah! Keluarga Juga Turut

Neelofa & PU Riz Disahkan Bersalah! Keluarga Juga Turut Dikompaun RM60,000 Kerana Tidak Patuh SOP

Isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis akad nikah selebriti Neelofa serta PU Riz kini menemui noktah apabila pasangan berkenaan dan keluarga akhirnya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komsioner Mohamad Zainal Abdullah, pasangan itu dan keluarga mereka didapati bersalah kerana melanggar SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Tambah Mohamad Zainal, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dikompaun atas dua kesalahan iaitu kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

 

“Neelofa dikompaun sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan iaitu gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

 

“Selain itu dia juga telah melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai…tiada diskaun dibenarkan bagi kedua-dua kompaun,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

 

Sementara itu PU Riz atau Muhammad Haris Ismail, 26, turut dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke Pulau Langkawi.

 

Selain itu, seramai 20 orang ahli keluarga Neelofa turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang yang keseluruhannya berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

 

Neelofa dan PU Riz diijabkabulkan pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Post a Comment