Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith – Manis Madu
Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau Influencer daripada Kerajaan Negeri Kelantan, lapor BH Online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Neelofa menerima anugerah berkenaan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) tahun 2021.

 

Usahawan berpengaruh ini juga adalah salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah pada majlis berkenaan. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di Kota Darul Naim.

 

Bagaimanapun, Neelofa tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana dipercayai berada di Langkawi atas urusan perniagaan selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

 

Sehubungan dengan itu, ahli keluarganya juga difahamkan tidak hadir ke majlis sebagai wakil untuk menerima anugerah berkenaan.

 

HSK adalah program tahunan yang diperkenalkan kerajaan negeri bagi mengiktiraf serta meraikan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri itu.

 

Program itu dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

Post a Comment