Nekad Jahit Design Dan Jahit Sendiri Baju Bridesmaid, Gadis Akui Buat ‘Keputusan Gila’! – Manis Madu

Nekad Jahit Design Dan Jahit Sendiri Baju Bridesmaid, Gadis Akui Buat ‘Keputusan Gila’!

Khidmat bridesmaid ketika majlis perkahwinan sememangnya semakin popular di zaman ini. Lazimnya, para bridesmaid dipilih dalam kalangan rakan baik atau ahli keluarga. Selalunya orang akan pilih best friend lah kan untuk jadi bridesmaid?

 

Pihak pengantin juga akan bertanggungjawab untuk menyediakan ‘kelengkapan’ untuk bridesmaid mereka seperti baju, tudung, aksesori malah mungkin ada pengantin yang ‘belanja’ solekan sekali!

 

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila seorang gadis berkongsi ‘keputusan gila’ menjelang hari pernikahannya iaitu menjahit sendiri baju buat bridesmaid.

@chemellll Last minute jahit English Vintage Dresses for my bridesmaid part 1 #buwatjetiktok ♬ Lenggang Puspita – Afgan

“Keputusan gila buat juga dress bridesmaid walaupun majlis kurang dari 1 bulan,” cerita gadis tersebut.

 

Jelas gadis itu, pada awalnya dia memang bercadang untuk menempah baju-baju berkenaan kepada tukang jahit namun oleh kerana beberapa faktor, dia terpaksa membatalkan hasrat tersebut dan mengambil keputusan untuk menjahitnya sendiri.

 

Lebih mengejutkan, ini merupakan kali pertama gadis tersebut menjahit dan mendapatkan pertolongan daripada dua orang guru menjahit serta tunangnya dalam proses menyiapkan baju-baju tersebut.

 

Menjawab pertanyaan kenapa dia begitu bersungguh-sungguh menyediakan segalanya untuk bridesmaid, gadis berkenaan berkata dia begitu menghargai persahabatan yang terjalin hampir 20 tahun!

@chemellll Replying to @qil part 2 ni kita spill proses menyiapkan bridesmaid proposal gift yang cost dia less than 20 🤣 diy je sis last minute gabra ceni #buwatjetiktok ♬ Buah Hati – Armada

Since effort is my love language, I nak buat something yang memorable untuk my best friend. Untuk kenang-kenangan,”

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi usaha gadis ini dan tidak sabar menunggu hasil baju bridesmaid yang dijahitnya.

 

Congrats Mel! Berjaya jahit baju bridesmaid banyak-banyak. Semoga dipermudahkan urusan walimah nanti,”

 

“Kagumnya lah dengan Mell ni,”

 

OMG so talented!! I pun tak akan fikir benda ni! Moga dipermudahkan semuanya Chemellll!”

 

“Wah hebat betul Chemell ni. Semua dia boleh buat. Jahit sendiri lagi bermakna,”

 

Kagum dengan usaha dia! Nak jahit 8 pasang baju buat orang yang tak pernah menjahit langsung bukan mudah. Tabik spring!

Post a Comment