Nenek Ketagih Angkat Berat Di Usia 71 Tahun! – Manis Madu
Nenek Ketagih Angkat Berat Di Usia 71 Tahun!

Nenek Ketagih Angkat Berat Di Usia 71 Tahun!

Seorang wanita berusia 71 tahun yang dinobatkan sebagai salah seorang nenek terkuat di dunia mengaku menghabiskan 20 jam seminggu di gimnasium, lapor Kosmo!

 

Mary Duffy yang mula ke gimnasium untuk menurunkan berat badan semasa berusia 59 tahun menjadi ketagih untuk mengangkat beban.

Nenek Ketagih Angkat Berat

Meskipun Duffy mampu mengangkat lebih banyak berbanding apa yang boleh diangkat lelaki separuh daripada usianya, dia sering diberitahu sudah terlalu tua untuk bersenam di gimnasium.

Nenek Ketagih Angkat Berat

Dia berjaya menyangkal dakwaan itu apabila berjaya mencatat rekod dunia dengan mengangkat beban seberat 113 kilogram yang lebih berat daripada seekor anak gajah baru-baru ini.

 

“Saya mula serius ke gimnasium kira-kira 10 tahun lalu selepas saya sedar berat badan telah naik. Selepas mencapai berat ideal, saya sedar saya mula ketagih untuk mengangkat beban dan membina otot,” kata Duffy.

 

Tambah Duffy, dia tidak akan berhenti melakukan latihan mengangkat beban kecuali jika keadaan memaksa seperti faktor kesihatan.

Sumber Gambar: Ladbible

Post a Comment