Netizen Bangkang CEO Instagram Buat Perubahan Merepek Pada Instagram – Manis Madu
Netizen Bangkang CEO Instagram Buat Perubahan Merepek Pada Instagram

Netizen Bangkang CEO Instagram Buat Perubahan Merepek Pada Instagram

Penggemar aplikasi Instagram yang sudah lama menggunakannya mesti sedia maklum tentang revolusi aplikasi tersebut kan? 

 

Dahulunya Instagram hanya sekadar tempat memuat naik gambar dengan ciri-ciri yang sederhana. Kalau perasan sekarang, Instagram dah macam TikTok!

 

Menurut perkongsian CEO Instagram, Adam Mosseri di laman Instagram nya sendiri, beliau berkongsi tentang perubahan yang akan dilakukan terhadap aplikasi berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Mosseri (@mosseri)

Terdapat empat perkara utama yang akan ditambah iaitu Creators, Video, Shopping serta Messaging.

 

“Berdasarkan kajian, kami dapati pengguna Instagram menggunakannya untuk satu tujuan sahaja iaitu mendapat hiburan. Maka, perkara itu yang membuatkan orang mencari kami (aplikasi Instagram),”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Mosseri (@mosseri)

Susulan perkara itu, Mosseri berkata beliau banyak membuat perkongsian tentang apa yang diusahakan oleh pihaknya untuk mengikut arus semasa.

 

“Sejujurnya, terdapat persaingan yang sangat besar sekarang. TikTok sendiri sangat besar, YouTube juga lebih besar dan lebih banyak aplikasi lain yang sedang membangun,” tambahnya lagi.

 

Menjengah ke ruangan komen, sebahagian besar netizen membangkang kenyataan yang dibuat Mosseri.

 

“Instagram bukan TikTok, dan kami menggunakannya kerana ia bukan TikTok. Masalah dengan apps sekarang adalah mereka cuba menjadi seperti sesama sendiri,”

 

Bro, tolong berhenti fikir semua orang nak jadi influencer atau nak ikut influencer untuk dihiburkan. Saya cuma guna Instagram untuk berhubung dengan keluarga dan rakan terdekat bukan hanya untuk tengok orang famous sahaja.

 

“Berhentilah cuba untuk jadi aplikasi lain. Setiap kemas kini makin teruk dan teruk,”

 

Ada betulnya juga komen daripada netizen tentang perkara ini. Apa pendapat Maduners?

Post a Comment