Netizen ‘Berkumpul’ Di Twitter, Ejek Facebook, WhatsApp & Instagram – Manis Madu
Netizen ‘Berkumpul’ Di Twitter, Ejek Facebook, WhatsApp & Instagram

Netizen ‘Berkumpul’ Di Twitter, Ejek Facebook, WhatsApp & Instagram

Pengguna media sosial ‘berkumpul’ di Twitter sebagai reaksi terhadap gangguan perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp selama hampir enam jam, semalam.

 

Menurut laporan, ketiga-tiga perkhidmatan tersebut yang mana semuanya dimiliki Facebook, tidak dapat diakses melalui aplikasi web atau telefon pintar.

 

Twitter dan Reddit adalah antara beberapa syarikat teknologi yang digunakan netizen bagi ‘mengejek’ perkhidmatan pesaing.

 

Twitter antaranya, menjadi platform yang penuh dengan kata-kata sinis dan ‘mesej menyeronokkan’ ekoran masalah dihadapi Facebook, Instagram dan WhatsApp.

 

Nama-nama besar dalam dunia hiburan termasuk Dolly Parton, tidak ketinggalan mengambil kesempatan menggunakan Twitter bagi ‘membahan’ Facebook.

Maduners di platform mana ketika Facebook, Instagram dan WhatsApp problem semalam?

Sumber Gambar: shayar_girl_143

Post a Comment