Netizen Sifatkan Kavita Sidhu Sebagai Artis Contoh, Terima Vaksin Seperti Rakyat Biasa – Manis Madu
Netizen-Sifatkan-Kavita-Sidhu-Sebagai-Artis-Contoh-Terima-Vaksin

Netizen Sifatkan Kavita Sidhu Sebagai Artis Contoh, Terima Vaksin Seperti Rakyat Biasa

Sejak dua menjak ini banyak kita lihat golongan artis dikecam kerana ‘buat hal’. Pelbagai isu sensitif yang membangkitkan kemarahan rakyat menjadi bualan sehari-hari.

 

Laman sosial boleh disifatkan sebagai terlalu ‘toxic’ kerana setiap hari dihidangkan dengan isu yang negatif dan tidak enak dibaca.

 

Namun baru-baru ini, nama selebriti Kavita Sidhu menjadi bualan dan mendapat pujian netizen.

 

Menurut Kosmo! perkara berkenaan tercetus selepas seorang pengguna Twitter memuji Kavita yang menjadi antara artis terawal mengambil vaksin AstraZeneca, sekali gus membantu mempromosi kebaikan vaksin tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kavita Sidhu (@kavita_sidhu)

“Dia banyak sebarkan benda positif. Elok saja dia ambil vaksin seperti rakyat biasa, tak perlu potong giliran pun.

“Ketika orang lain sibuk bercuti rentas negeri, dia pula hanya melancong ke Pelabuhan Klang,” tulis netizen berkenaan.

 

Meskipun agak janggal apabila nama Kavita disebut netizen tetapi apa yang disampaikan memang perkara yang betul. Memang artis contoh!

 

Golongan selebriti dan public figure sepatutnya menjadi ikon yang menunjukkan contoh yang baik dan layak menjadi ikutan bukannya ikon yang diherdik!

Post a Comment