New Zealand Benarkan Cuti Berkabung Selepas Keguguran – Manis Madu
New Zealand Benarkan Cuti Berkabung Selepas Keguguran

New Zealand Benarkan Cuti Berkabung Selepas Keguguran

Menurut laporan BBC News, parlimen New Zealand kini telah meluluskan satu undang-undang baru yang membenarkan mana-mana pasangan yang mengalami keguguran atau kematian anak selepas dilahirkan mendapat cuti berkabung.

 

Ahli parlimen Ginny Andersen, yang mengemukakan rang undang-undang (RUU) itu mengatakan ia akan membolehkan ibu dan pasangan mereka menguruskan “kehilangan” mereka tanpa mengambil cuti sakit.

RUU ini juga terpakai untuk mereka yang memiliki anak sama ada anak angkat atau pengganti.

 

Andersen mengatakan satu daripada empat wanita di New Zealand mengalami keguguran dan dia berharap peruntukan baru itu akan memberi mereka masa untuk mereka menghadapi berita duka itu tanpa perlu mengambil cuti sakit.

 

“Kesedihan mereka bukanlah penyakit, ini adalah kerugian. Dan kehilangan memerlukan masa,” katanya.

 

Perundangan tersebut dipersetujui secara keseluruhan di parlimen, memberikan tiga hari cuti berkabung kepada wanita yang keguguran atau kematian anak selepas dilahirkan.

 

New Zealand dilaporkan merupakan negara kedua di dunia yang memperkenalkan langkah berkenaan selepas India.

Post a Comment