Nia Ramadhani & Suami Ditahan Kerana Disyaki Berkait Penggunaan Dadah – Manis Madu
Nia Ramadhani & Suami Ditahan Kerana Disyaki Berkait Penggunaan Dadah

Nia Ramadhani & Suami Ditahan Kerana Disyaki Berkait Penggunaan Dadah

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon indonesia yang memegang watak jahat dalam sinetron bawang merah bawang putih iaitu Nia Ramadhani.

Hari ini, pelakon popular itu dilaporkan telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah bersama suaminya Ardi Bakrie.

 

Menurut laporan CNN Indonesia, berita penangkapan artis Indonesia itu bagaimanapun telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Inspektor Yusri Yunus.

 

“Saya mengesahkan penahanan sementara bagi kedua-dua mereka yang dilakukan di Balai Polis Jakarta Pusat” – Yusri Yunus

 

Kes yang menjerat pasangan itu bagaimanapun masih belum dapat dikenal pasti termasuk berkenaan barang bukti dadah serta kronologi penangkapan mereka.

 

Inspektor Yusri Yunus berkata, dia akan mengadakan sidang media pada hari ini berkaitan kes yang berlaku ke atas suami dan pelakon terkenal ini.

Post a Comment