Niat Nak Belajar Masak, Wanita Akhirnya Bergaduh Dengan Kakak Tentang ‘Rempah’
Hubungan sesama adik-beradik boleh dikatakan unik kerana kita menyayangi antara satu sama lain tetapi dalam masa yang sama, dengan mereka juga kita bergaduh, bertengkar, berdebat dan lain-lain. Tapi dalam hati sayang! Betul tak?
Baru-baru ini, satu perkongsian daripada seorang wanita di laman TikTok yang menunjukkan perbalahan antara dia dan kakaknya melalui perbualan di aplikasi WhatsApp.
Difahamkan, pada awalnya wanita itu bertanya bahan masakan kepada kakaknya namun salah faham mula terjadi antara mereka apabila loghat yang digunakan berbeza.
“Rempah la rempah. Bukan lada putih, rempah. Kau pergi kedai bagitau nak rempah. Dia warna putih rempah tu, bulat-bulat kecik gitu,” ujar kakaknya.
“Masalahnya di sini, rempah tu nama besar macam contohnya aku pegi kedai tanya nak rempah, dia tanya nak rempah apa? Rempah 3 beradik ke macam mana,” jawabnya.
Kakaknya mula beremosi apabila ‘rempah’ yang dimaksudkannya tidak difahami oleh wanita itu dan perbalahan mengenai penggunaan perkataan ‘rempah’ berlanjutan.
Setelah membuat pencarian di Google, wanita itu menghantar hasil carian rempah kepada kakaknya.
“Mu tak tengok tu dia tulis rempah ataupun ketumbar. Ketumbar ataupun rempah. Rempah la orang panggil, bongok!”
“Masalahnya sini, rempah tu macam rempah kari, rempah kurma dengan rempah-rempah lain. Kalau ketumbar ni dia tak panggil rempah, dia panggil biji sini. Biji ketumbar, biji lada hitam kalau sini bengong,” balas wanita itu.
Ternyata, di Kelantan perkataan untuk rempah seperti rempah kari, rempah kurma dan sebagainya diganti dengan perkataan ‘awas’. Contohnya awas kari, awas kurma, awas ikan dan lain-lain. Di sini rupanya punca salah faham ini berlaku ya!
Di akhir video tersebut, wanita itu tergelak sendirian setelah menyedari salah faham berkaitan loghat Kelantan dan bahasa biasa digunakan di Kuala Lumpur terjadi.
@babby184 Begaduh dngan kakak sebab laki ❎ begaduh dngan kakak sebab rempah ✅ bila adik duk kL , kakak plak dok klate .. #adiknakblajarmasak ♬ bunyi asal – Babby