Nicol David Tepati Ramalan, Menang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman, Tahniah! – Manis Madu
Nicol David Pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Nicol David Tepati Ramalan, Menang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman, Tahniah!

Bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman anjuran Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA), pasti mengetahui bahawa Datuk Nicol Ann David merupakan satu-satunya wakil Malaysia dan wakil Asia yang tersenarai dalam anugerah ini.

 

Seperti yang dijangka, Nicol telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia. Wahh, tahniah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The World Games (@theworldgames)

Sebaik sahaja undian ditutup pada jam 9 malam pada Isnin, Nicol menerima sebanyak 318,943 undian sejak undian ini diadakan secara atas talian sejak 8 Januari lalu.

 

“Ini adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman. Saya berterima kasih menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia serta komuniti skuasy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Team Malaysia (@teammsia)

“Ia sesuatu yang agak mengejutkan untuk saya disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain. Saya rasa bersyukur dan diharapkan kejayaan ini mampu menarik perhatian dunia terhadap sukan skuasy.

 

“Saya berbangga dapat mewakili negara saya dan Asia,” kata Ratu Skuasy yang merupakan wakil tunggal dari Asia dalam senarai anugerah berprestij itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

Jumlah undian yang diperoleh Nicol jauh meninggalkan pencabar utamanya yang merupakan legenda tarik tali Ireland, James Kehoe yang menerima 113,120 undian untuk berada di tempat kedua. Legenda powerlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula berada di kedudukan ketiga dengan 80,790 undian.

 

Congrats our living legend!

Post a Comment