Nomadland Bawa Pulang Anugerah Filem Terbaik 2021 Di Anugerah Oscar 2021 – Manis Madu
Nomadland Bawa Pulang Anugerah Filem Terbaik 2021

Nomadland Bawa Pulang Anugerah Filem Terbaik 2021 Di Anugerah Oscar 2021

Penganjuran Anugerah Oscar adalah merupakan antara anugerah berprestij yang dinantikan setiap tahun. Anugerah ini umumnya mengangkat karya serta penggiat seni terbaik seluruh dunia.

 

Tahun ini, majlis Anugerah Oscar 2021 menyaksikan filem “Nomadland” dinobatkan sebagai filem terbaik pada majlis yang dianjurkan Isnin lalu.

 

Kisah penggambaran epik seorang wanita yang hilang pekerjaan dan kediaman ini dilaporkan mengetepikan drama bersejarah “Trial of The Chicago 7” dan “Mank”.

 

Sutradaranya Chloe Zhao turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik. Selain Filem dan Pengarah Terbaik, “Nomadland” turut dicalonkan dalam lima lagi kategori memenangi tiga daripadanya.

Sementara itu, bintang veteran Sir Anthony Hopkins merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui “The Father”.

 

Untuk info, beliau merupakan pemegang anugerah paling tua yang mana memenangi Oscar keduanya pada usia 83 tahun selepas kemenangan pertama 29 tahun lalu menerusi “The Silence of The Lambs”.

 

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula dianugerahkan kepada Frances McDormand melalui filem “Nomadland”.

Post a Comment